Now Reading
[Video] Lelaki Menangis Lepas Bertemu Kawan Baik Yang Terpisah Selama 25 Tahun

[Video] Lelaki Menangis Lepas Bertemu Kawan Baik Yang Terpisah Selama 25 Tahun

Lelaki berbangsa Melayu dan India ini sebenarnya sudah berkawan sejak kecil tetapi terpisah pada umur 12 tahun kerana berpindah rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semua orang mesti akan ada sekurang-kurangnya seorang kawan yang paling rapat dan menjadi tempat luahan perasaan.

Sahabat boleh diibaratkan seperti ahli keluarga kita dan boleh dikatakan rezeki juga kalau dapat kawan yang baik.

Hampir setiap masa kita akan bersama mereka, lebih-lebih lagi ketika zaman belajar. Memang setiap masa akan ada kawan di sebelah.

Tuhan je tahu betapa sedihnya bila kena berpisah dengan kawan baik kita yang sudah dianggap seperti adik-beradik.

Confirm meleleh air mata.

Terjumpa semula kawan baik selepas berpisah selama 25 tahun

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @nurzanarahmad, dia berkongsi kisah apabila suaminya bertemu semula dengan kawan baik berbangsa India selepas hampir 25 tahun terpisah.

Pertemuan itu dirancang dengan cara membuat prank memakai patung kartun Mickey Mouse pada sambutan hari jadi sahabat baik suaminya.

Lelaki berbangsa India itu tidak mengetahui prank tersebut kerana menganggap patung Mickey Mouse yang hadir itu sekadar kejutan biasa.

Namun, keadaan mula bertukar sedih apabila lelaki tersebut membuka kepala patung itu dan terus menangis sambil memeluk rakannya yang sudah lama terpisah.

Bukan mereka sahaja menangis, dengan kami sekali pun meleleh air mata sekali.

Wanita ini memberitahu bahawa suaminya dulu tinggal di estet dan boleh dikatakan fasih berbangsa Tamil kerana mempunyai ramai kawan berbangsa India.

Tambahnya lagi, mereka berdua sebenarnya sudah berkawan baik sejak kecil tetapi terpisah pada umur 12 tahun kerana berpindah rumah.

Perkongsian video ini telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 643,900 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Orang ramai pun menangis sekali. Terharu tengok mereka dah berjumpa semula.

Hasil tinjauan kami di ruangan komen mendapati kebanyakan netizen juga menangis terharu apabila melihat dua orang sahabat ini kembali bertemu selepas bertahun-tahun terpisah.

Hanya Tuhan je yang boleh bayangkan betapa gembiranya mereka dapat berjumpa semula.

Selain itu, ramai juga memuji keakraban mereka berdua walaupun masing-masing berlainan bangsa.

Kredit: TikTok @nurzanarahmad
Kredit: TikTok @nurzanarahmad
Kredit: TikTok @nurzanarahmad

Perbezaan bangsa tak menghalang seseorang untuk berkawan baik. Orang Melayu pun boleh berkawan dengan bangsa Cina, India dan lain-lain.

Kita hidup sebagai masyarakat majmuk. Apa salahnya kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd