Now Reading
[Video] Suami Isteri Menangis Akhirnya Bertemu Selepas PJJ Selama 11 Bulan

[Video] Suami Isteri Menangis Akhirnya Bertemu Selepas PJJ Selama 11 Bulan

Pasangan ini terpaksa PJJ selama 11 bulan kerana isteri ditugaskan di salah satu pusat perubatan di Arab Saudi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap perkahwinan mesti akan ada ujian dan dugaan masing-masing. Ada yang diuji dengan ‘orang ketiga’, masalah kesihatan, keluarga mentua dan sebagainya.

Ramai orang ingat kehidupan selepas berkahwin itu indah-indah belaka.

Kehidupan selepas berkahwin ni ada banyak cabaran sebab kita baru nak kenal perangai masing-masing secara lebih mendalam.

Walaupun banyak ujian yang mendatang, pasangan suami isteri perlu kuat untuk satu sama lain.

11 bulan PJJ dengan isteri

Ada sesetengah orang terpaksa duduk berjauhan dengan pasangan kerana urusan kerja. Mungkin masing-masing kerja di negeri ataupun negara yang berlainan.

Perkara tersebut turut dirasai oleh pasangan ini di mana isteri yang bekerja sebagai jururawat telah ditugaskan di salah satu pusat perubatan di Arab Saudi.

Disebabkan tuntutan kerja, dia dah suaminya terpaksa menempuhi Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) selama 11 bulan walaupun usia perkahwinan mereka baru sahaja beberapa bulan.

Suami menangis peluk isteri dah balik ke Malaysia

Selepas tamat tempoh bertugas, si isteri segera pulang ke Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @RRAA di TikTok, si suami dilihat setia menanti ketibaan si isteri di lapangan terbang sambil memegang sejambak bunga untuk diberikan kepada pasangannya.

Tak lama selepas itu, si isteri muncul di depan mata dan mereka saling berpelukan sambil menangis kerana terlalu merindui antara satu sama lain.

Macam mana tak menangis, dah nak setahun kot tak jumpa. Kami orang biasa yang tengok ni pun boleh meleleh air mata tau.

Perkongsian video yang menyentuh hati itu berjaya mendapat 511,900 tontonan setakat artikel ini ditulis.

@___________ra

Saya nagis abg pun nagis , sakit rindu tu allah je tahu. Setelah 11 bulan, terima kasih tunggu sy abg❤️

♬ suara asli – Abid 025 – Abid 025

Netizen kagum mereka boleh PJJ 11 bulan. Yang pernah PJJ je faham.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Tapi, boleh dikatakan hampir kesemua netizen turut berasa sebak melihat pasangan itu yang akhirnya bertemu semula.

Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman apabila mereka terpaksa melalui PJJ bersama pasangan kerana tuntutan kerja.

Kredit: TikTok @RRAA
Kredit: TikTok @RRAA
Kredit: TikTok @RRAA

Tak ada siapa yang sanggup nak berjauhan dengan pasangan masing-masing. Kalau boleh nak melekat sepanjang masa.

Tapi kalau ada urusan kerja yang tak boleh dielakkan, memang terpaksa berjauhan untuk sementara waktu. Nak PJJ dengan pasangan ini yang penting kedua-duanya kena saling setia dan percaya antara satu sama lain.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd