Now Reading
Muslim Pro Lancar Kandungan Fokus Islam Menerusi Qalbox

Muslim Pro Lancar Kandungan Fokus Islam Menerusi Qalbox

Platform SVOD baharu itu bertujuan berkongsi kandungan berteraskan Islam yang berkualiti kepada penonton di seluruh negara.

muslim pro

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Qalbox, perkhidmatan penstriman video atas permintaan langganan global (SVOD) baharu daripada Bitsmedia (pemaju aplikasi mudah alih gaya hidup Muslim terkemuka di dunia, Muslim Pro), dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Disember lalu.

Tersedia dalam aplikasi Muslim Pro, Qalbox menganjurkan sumber kandungan yang luas yang meraikan identiti dan budaya Muslim global dalam mewujudkan platform global berfokuskan Muslim.

Ia bertujuan untuk menyampaikan skop genre yang komprehensif dan disusun untuk masyarakat Islam global serta mempamerkan pelbagai perwakilan dan nuansa umat Islam di seluruh dunia yang merangkumi  Amerika dan Eropah hingga ke Timur Tengah dan Asia.

Malaysia sebagai salah satu pasaran pengguna utama Bitsmedia, Bintang Capital Partners dan Penjana Kapital melabur secara strategik dalam pengembangan tempatan syarikat.

Pelaburan itu adalah sebahagian daripada pusingan pengumpulan dana modal bagi pertumbuhan Bitsmedia untuk menyokong pelancaran global Qalbox dan mempercepatkan saluran pengembangan untuk penawaran kandungan Qalbox.


Qalbox Berkolaborasi Dengan Astro, Pixel Play & Nads Media

Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, Qalbox telah bekerjasama dengan pengedar kandungan tempatan seperti Astro, Pixel Play dan Nads Media untuk mempamerkan kandungan Asia Tenggara kepada penonton di Malaysia dan di seluruh dunia.

Rai Budaya Muslim.

Di Asia Tenggara, terdapat minat yang semakin meningkat dalam penggunaan kandungan over-the-top (OTT), dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penduduk di rantau kini menstrim kandungan tersebut.

Kajian itu mendapati bahawa penonton yang lebih muda memacu peralihan di seluruh rantau ini, dengan 44% penonton datang dari kalangan Millennial dan Generasi Z, berusia 16 hingga 34 tahun.

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan kandungan berasaskan agama yang sesuai untuk penonton Muslim celik teknologi.

Satu kaji selidik terhadap pengguna Muslim Pro mendedahkan bahawa tujuh daripada sepuluh responden mendapati ianya sukar untuk mengakses pelbagai sumber dan platform apabila mencari kandungan sesuai dengan penonton Muslim.

Sebenarnya, hanya 1% watak televisyen beragama Islam, walaupun pada hakikatnya umat Islam membentuk satu perempat daripada penduduk dunia.


Akses Kepada Kandungan Mesra Muslim Seluruh Dunia

Katalog Qalbox yang luas bertujuan untuk menangani perkara ini dengan menonjolkan identiti dan budaya Islam. Perkhidmatan SVOD juga bertujuan untuk menggalakkan pencipta kandungan dan individu-individu kreatif Muslim untuk berkongsi suara dan cerita mereka dengan penonton global.

Qalbox akan menghasilkan kandungan asalnya sendiri selain memperoleh kandungan dari seluruh dunia dalam usaha untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada penonton dan menyokong serta menggalakkan perwakilan Muslim lebih besar dalam industri hiburan.

Sebagai aplikasi mudah alih gaya hidup Muslim yang terkemuka di dunia, kami telah melihat bahawa perkhidmatan sebegini agak terhad bagi pengguna Islam. Dengan Qalbox, kami berharap dapat menutup jurang ini. Kandungan kami yang pelbagai bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian masyarakat Islam, tetapi ia juga menyediakan pelbagai tajuk global untuk menghiburkan pengguna. Kami berharap penonton di Malaysia akan menikmati katalog yang pelbagai ini, yang menggambarkan pengalaman Muslim di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din.

Qalbox

Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2-dalam-1, memberikan pengguna Muslim Pro dua tawaran dalam satu aplikasi mudah alih.

Selain menikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan dan dapat membuka kunci bacaan al-Quran kegemaran mereka, pengguna juga akan mempunyai akses kepada pelbagai filem, dokumentari, program kanak-kanak Qalbox dan banyak lagi.

Sempena pelancarannya, pengguna Malaysia boleh mendapatkan Qalbox pada harga promosi RM4.90/bulan atau pelan langganan tahunan RM49.90/tahun untuk masa yang terhad sahaja.

Qalbox tersedia untuk tontonan di telefon bimbit, aplikasi web, tablet dan SMART TV Chromecasting.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd