Now Reading
Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf

Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf

Lelaki tersebut didakwa mempersenda laungan azan yang berkumandang di dalam radio kereta dengan membuat bunyi seperti menjerit.

lelaki persenda azan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, isu mempersendakan agama Islam semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat selepas beberapa insiden berlaku.

Terdahulu, tular satu video di mana seorang wanita dengan sengaja membuka baju kurung ketika membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Amy telah pun didakwa di mahkamah bersama dengan teman lelakinya.

BACA JUGA: Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy


Lelaki persenda laungan azan dalam kereta

Baru-baru ini, timbul satu lagi kes dipercayai mempersendakan agama Islam apabila seorang lelaki dilihat mengajuk laungan azan ketika berkumandang di dalam radio kereta.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut cuba untuk membuat bunyi seakan sama dengan azan. Walau bagaimanapun, video asal telah dipadam oleh pemiliknya.

Tindakan provokasi oleh pemuda itu telah mengundang kemarahan orang ramai termasuklah seorang aktivis Yusuf Azmi menerusi hantaran Instagram (yusufazmi_s1m) yang dimuat naik.

Yusuf menggesa orang ramai untuk saling menghormati bangsa dan agama satu sama lain bagi menjaga sensitiviti antara masyarakat.

Eh, tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun, hormatlah! Kita hidup di Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Kita tetap berada di bawah satu bumbung dan seharusnya saling menjaga sensitiviti antara kaum.

Aktivis, Yusuf Azmi.

Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan kemarahan mereka apabila melihat perbuatan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Ada juga memberi cadangan supaya pemuda tersebut dibawa ke balai polis untuk memberi pengajaran terhadap perbuatannya.

Pemuda persenda laungan azan tampil mohon maaf secara terbuka

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu IG Story yang dimuat naik oleh seorang personaliti media sosial iaitu Jufferi Jamari (@juffereijamari).

Saya Junye, minta maaf kepada semua kawan Islam semua dan tidak akan buat perkara macam ini lagi. Minta maaf semua.

Junye.

Dalam pada itu, aktivis Yusuf Azmi turut menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap pemuda tersebut dan berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempermainkan agama orang lain.

BACA JUGA: Selepas JAWI, Polis Pula Siasat Video Wanita Buka Tudung & Baju Lepas Mengaku Hafal Al-Quran


Hukum mempersendakan agama

Isu mempersendakan agama semakin lama semakin menjadi-jadi. Mungkin sesetengah golongan kurang jelas dengan hukumnya jika mereka sengaja menjadikan agama Islam sebagai bahan jenaka.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menjelaskan bahawa perbuatan mempersendakan agama sama ada dari segi fizikal atau lisan perlu dielakkan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah serta pegangan agama seseorang.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. (Sumber: Indahnya Islam)

Perkara berkaitan agama Islam bukan sesuatu yang sesuai dijadikan bahan gurauan dan tidak boleh diubah maksud atau sebutannya bagi tujuan menyindir pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memmberitahu bahwa pihak yang sengaja mempersendakan agama boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd