Now Reading
[Video] Lelaki Tular Laung Azan Dalam Tokong Cina Rupanya Alami Masalah Mental

[Video] Lelaki Tular Laung Azan Dalam Tokong Cina Rupanya Alami Masalah Mental

Lelaki yang bermasalah mental itu melaungkan azan di sebuah tokong Cina antara 26 hingga 27 Julai lalu ketika sambutan Festival Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival).

Lelaki Tular Laung Azan Dalam Tokong Cina Alami Masalah Mental

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Masalah mental merupakan salah satu situasi yang sering dialami oleh masyarakat pada zaman ini. Antara punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku adalah kerana bebanan kerja, kewangan, keluarga kesihatan dan sebagainya.

Gangguan mental jika tidak dirawat dengan baik akan mendorong seseorang melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga boleh membahayakan keselamatan diri mahupun orang lain.

Menyedari kepentingan untuk menangani hal berkenaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.

BACA JUGA: Student Posts Notice On Lecturer’s Door, Says Too Much Work And Warns Of Suicide

Lelaki kurang siuman laungkan azan di tokong Cina

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki warga tempatan dilihat melaungkan azan di hadapan sebuah patung di dalam tokong Cina.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San mengesahkan lelaki berusia 40-an yang terlibat dalam kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mempunyai masalah mental.

Beberapa orang saksi mengesahkan lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan kurang siuman. Masyarakat kawasan sekitar pun katanya sudah mengenali lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San.
Sumber: Facebook/Akademi Penyelidikan Agama Dunia

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam ketika sedang meraikan Festival Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) oleh kaum Cina pada Julai setiap tahun.

BACA JUGA: What Is The “Ghost Month” And How Does It Affect You?

Menurutnya lagi, kejadian seperti ini adalah kejadian kedua selepas ianya pertama kali dilakukan pada tahun 2017 oleh lelaki yang sama.

Pihak polis nasihat orang ramai untuk tidak memuat naik kandungan berunsur negatif

Kejadian itu mula tular selepas satu rakaman video dimuat naik oleh satu kumpulan di Facebook (Akademi Penyelidikan Agama Dunia).

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik sebarang kandungan media yang menyentuh sensitiviti dan boleh memecah belahkan kaum serta agama dalam kalangan rakyat Malaysia.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd