Now Reading
Tidak Perlu Guna Speaker Lebih Kuat Untuk Laungan Azan? Individu Cadang Guna Aplikasi Waktu Solat

Tidak Perlu Guna Speaker Lebih Kuat Untuk Laungan Azan? Individu Cadang Guna Aplikasi Waktu Solat

Seorang individu telah mencadangkan supaya peringatan waktu solat dibuat menggunakan aplikasi dan tidak perlu dilakukan melalui pembesar suara dengan tahap suara yang lebih kuat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, seorang warga Twitter telah mempersoalkan penggunaan pembesar suara yang lebih kuat untuk laungan azan. Katanya, individu Islam boleh menggunakan notifikasi dari aplikasi waktu solat.

Kenyataan ini dikeluarkan olehnya sebagai maklum balas kepada isu laungan azan oleh sebuah surau kondominium di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Rata-rata orang ramai kelihatan tidak bersetuju dengan cadangannya dan berkongsikan kepentingan azan.

Ada yang berpendapat laungan azan penting terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai telefon pintar atau mengalami masalah kurang kelihatan atau pendengaran. Terdapat juga individu yang merasakan laungan azan memberikan mereka ketenangan.

Laungan azan sebagai syiar Islam

Kami telah merujuk kepada laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan laungan azan.

Azan adalah suatu syiar Islam yang menandakan telah masuknya waktu bagi solat-solat fardhu dan disyariat untuk dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat. Rasulullah S.A.W telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Al-Huwairith R.A:

Maka apabila waktu solat telah masuk, hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan

Riwayat al-Bukhari (628)

Menurut mazhab Syafie, hukum melaungkan azan (dan juga iqamah) adalah sunat muakkad, iaitu ibadah yang dituntut, untuk kesemua lima solat fardhu. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi:

(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah

Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/82)

Ustaz Azhar Idrus berkata, memandangkan penggunaan pembesar suara bagi azan bertujuan untuk menyebarkan syiar Islam, ia adalah perkara wajib. Malah, Islam lebih mensyariatkan penggunaan tahap suara lebih kuat bagi azan.

Perkara ini adalah berdasarkan pemilihan Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan sebagai tanda masuk waktu solat. Meskipun asal-usul lafaz azan bermula daripada mimpi dua sahabat iaitu Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab, tetapi Rasulullah S.A.W memilih Bilal bin Rabah kerana suaranya yang paling kuat berbanding orang lain.

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata syiar Islam merupakan perkara-perkara yang menjadi lambang kemulian dan kebesaran agama Islam, termasuk azan. Oleh itu, seseorang yang kelihatan menghina syiar Islam bermakna dia secara tidak langsung telah menghina agama Islam.

Di samping itu, terdapat juga individu yang berkata azan boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara dengan lebih kuat, tetapi tidak bagi ceramah.

BACA JUGA: Bolehkah Pembesar Suara Luar di Masjid Digunakan Untuk Pelbagai Perkara?


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd