Now Reading
Rai Kehadiran Dr Zulkifli Di Turkiye, Sahabat Karib Sanggup Awalkan Majlis Nikah Anak

Rai Kehadiran Dr Zulkifli Di Turkiye, Sahabat Karib Sanggup Awalkan Majlis Nikah Anak

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mncadangkan agar majlis akad nikah itu dipercepatkan kerana tidak dapat menangguhkan kepulangan ke Malaysia akibat jadual yang agak padat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Agama Islam mengajar umatnya bahawa pernikahan adalah perkara memudahkan kerana ia merupakan jalan ibadah yang membawa kepada kebahagiaan serta keberkatan.

Malah, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

خير النكاح أيسره

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah maharnya. (Riwayat Abu Daud).

Perkahwinan juga merupakan satu sunnah yang diajar oleh Rasulullah SAW seperti mana yang terkandung dalam hadis dan al-Quran bagi menjadikan seseorang manusia itu hidup secara berpasangan.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kesan Bahaya Jika Kahwin Dengan Sepupu Sendiri


Bapa Sanggup Awalkan Pernikahan Anak Demi Rai Kehadiran Dr Zulkifli

Memetik bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @drzul_albakri), bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menceritakan satu kisah yang berlaku ketika beliau berada di Turkiye.

Semasa berada di Turkiye, Dr Zulkifli berjumpa dengan sahabat karibnya dikenali sebagai Syeikh Moustafa Ahmed Bish yang sudah terpisah sejak 28 tahun lalu.

Syeikh menjelaskan bahawa perempuannya bakal bernikah pada minggu hadapan dan meminta agar Dr Zulkifli menangguhkan kepulangannya ke Malaysia bagi meraikan hari bersejarah itu.

Namun Dr Zulkifli berkata jadualnya agak padat dan tidak dapat berbuat demikian. Tetapi beliau memberi cadangan agar majlis akad nikah itu diawalkan.

Tanpa disangka-sangka, Syeikh juga bersetuju dengan perkara tersebut dan berbincang dengan hali keluarganya.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Diringkaskan cerita, keesokan hari perkahwinan pun berlangsung dengan penuh ringkas, sederhana tetapi amat barakah. Dengan akad sebahagian mahar didahulukan dan sebahagian lagi ditangguhkan, maka termeterailah ikatan antara dua mempelai; Ahmad Yunus dan Lubabah. Dokumen perjanjian akad nikah ditulis tangan oleh Syeikh.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sewaktu menyampaikan khutbah nikah, Dr Zulkifli menitipkan pesanan kepada pengantin lelak untuk bertakwa kepada Allah SWT dan berusaha untuk menjadi ketua keluarga yang mempu membimbing anak-anak dan isteri ke syurga.

“Majlis perkahwinan itu hanya sehari dua, namun apa yang lebih utama adalah ‘bekal’ untuk dibawa hingga ke hujung nyawa,” kata Dr Zulkifli.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Persabahatan Dr Zulkifli Dan Syeikh Moustafa Ahmed Bish

Difahamkan Syeikh berasal dari Syria dan mereka sekeluarga kemudiannya berpindah ke Tokat, Turkite selepas peperangan yang berlaku di Syria pada tahun 2013.

Sumber: X (Twitter @drzul_albakri)

Ketiga-tiga orang anak lelakinya syahid dalam peperangan. Baki yang ada, anak perempuannya di Idlib bersama suami, anak bongsu perempuan (Lubabah) dan anak lelakinya (Zulkifli) yang tinggal bersamanya. Beliau hidup susah, namun hatinya amat baik.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Persahabatan beliau bersama Syeikh adalah sangat erat sehingga sahabatnya menamakan anaknya sama seperti Dr Zulkifli.


Rukun Nikah Dan Syaratnya Dalam Islam

Setiap pasangan beragama Islam yang mahu berkahwin perlu mematuhi syarat serta rukun yang sah di sisi syarak.

Terdapat 5 rukun nikah dalam Islam iaitu:

  • Pengantin lelaki
  • Pengantin perempuan
  • Wali
  • 2 orang saksi
  • Ijab dan qabul

Bagi syarat sah ijab pula adalah:

  • Dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama.
  • Tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu.
  • Bukan dilakukan secara taklik.
  • Tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya.

Berikut adalah syarat sah qabul, iaitu:

  • Bersesuaian dengan lafaz ijab.
  • Diucapkan secara nyata, terang dan jelas.
  • Dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu).
  • Haruslah menyebut nama calon isteri.
  • Tidak dilafazkan secara taklik.
  • Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain.
  • Diucapkan oleh pengantin lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd