Now Reading
Doktor Perjelas Kesan Bahaya Jika Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

Doktor Perjelas Kesan Bahaya Jika Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

Persamaan genetik antara sepupu iaitu sekitar 12.5% boleh menjadi punca sesebuah keluarga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit keturunan genetik.

kesan bahaya jika kahwin sesama sepupu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkahwinan adalah suatu perkara yang suci dan amat digalakkan dalam tuntutan agama Islam untuk hidup berpasangan jika seseorang itu sudah berkemampuan.

Ini kerana perkahwinan adalah satu ibadah dan asas kepada pembentukan sebuah keluarga dan masyarakat.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum seseorang itu mendirikan rumah tangga.

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Ini Prosedur Ujian HIV Di Klinik Kerajaan Untuk Nikah. Tak Sampai 1 Jam Boleh Siap!


Kesan Dari Segi Kesihatan Jika Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @DoktorSamhan), doktor kesihatan ini mendedahkan pendapatnya yang tidak menggalakkan perkahwinan sesama sepupu.

Kenapa tidak digalakkan?

Doktor Samhan menjelaskan bahawa faktor dari persamaan genetik antara sepupu iaitu sekitar 12.5% boleh menjadi punca keluarga mereka berisiko tinggi untuk mendapat penyakit keturunan genetik.

Kajian turut mendedahkan bahawa perkahwinan antara sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan masalah kesihatan tersebut.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Sumber data daripada National Library of Medicine menjelaskan kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4% hingga 6% untuk mendapat gangguan genetik resesif autosomal seperti penyakit Talasemia, Cystic Fibrosis, dan Spinal Muscular Atrophy.

Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini penyakit genetik ini.

Oleh itu, doktor ini mengalakkan orang ramai untuk berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan keluarga anda.


Peratus Kecacatan Anak Sesama Sepupu Adalah Lebih Tinggi Mengikut Kajian

Memetik sumber The Conversation, satu kajian telah dilakukan terhadap perkahwinan masyarakat Pakistan di Bradford yang mencatatkan sebanyak 31% pernikahan sesama sepupu.

Daripada jumlah tersebut, 6% bayi yang dilahirkan hasil perkahwinan tersebut mengalami kecacatan berbanding 3% daripada perkahwinan melibatkan pasangan suami isteri tanpa pertalian darah.

Lebih 90 orang bayi juga telah merekodkan kematian dalam kalangan masyarakat Pakistan tersebut di sekitar England dan Wales.

Namun, pihak berkuasa di kawasan tersebut telah mengambil sebarang tindakan kerana menjaga sensitivi serta kehormatan amalan masyarakat itu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Apa Hukum Kahwin Sesama Sepupu Dalam Agama Islam?

Memetik sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan antara sepupu adalah harus di sisi syarak kerana mereka tidak termasuk dalam kalangan mahram atau haram dinikahi.

Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-50 turut menghalalkan perkahwinan sesama saudara iaitu:

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَحۡلَلۡنَا لَكَ أَزۡوَٰجَكَ ٱلَّٰتِيٓ ءَاتَيۡتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتۡ يَمِينُكَ مِمَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَيۡكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّٰتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَٰلَٰتِكَ ٱلَّٰتِي هَاجَرۡنَ مَعَكَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu.”

Seorang profesor Islam yang terkenal di Syria iaitu Dr. Wahbah al-Zuhaili turut menyebut bahawa perkara sama seperti syarak iaitu lebih mengalakkan perkahwinan dengan individu yang tidak mempunyai pertalian darah bagi mendapatkan keturunan serta zuriat yang lebih kuat dah sihat.

Selain itu, Dr. Wahbah al-Zuhaili juga berkata hal ini adalah bagi mengelakkan dari bayi dilahirkan dalam keadaan cacat atau lemah tubuh badan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd