Now Reading
Dr Zulkifli Dedah Hukum Terima ‘Gift’ Hasil Buat Konten NPC Di TikTok

Dr Zulkifli Dedah Hukum Terima ‘Gift’ Hasil Buat Konten NPC Di TikTok

Trend NPC di TikTok ditunjukkan dengan cara individu berkenaan membuat siaran live sambil meniru gaya, perwatakan dan suara seperti karakter di dalam permainan.

NPC tiktok

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak adanya aplikasi TikTok yang memaparkan banyak video pendek kepada pengguna, pelbagai trend juga telah tercetus menerusi platform ini.

Antara trend yang menjadi perhatian ramai di seluruh dunia termasuklah di Malaysia adalah trend Non-Player Character (NPC) melalui siaran ‘live’ di TikTok.


Apa Itu NPC?

NPC atau dalam bahasa mudah iaitu Watak Bukan Pemain merujuk kepada karakter di dalam permainan atau animasi yang dikawal oleh Artificial Intelligence (AI).

Kalau korang pernah main permainan komputer The Sims, perasan tak karakter mereka akan bergerak dalam keadaan perlahan dan berulang-ulang sebagai tindak balas.

Senang kata, pergerakan dan respon mereka telah diprogramkan.

Bagaimana Trend NPC Ini Dilakukan Di TikTok?
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Trend NPC di TikTok pula ditunjukkan dengan cara individu berkenaan membuat siaran live sambil meniru gaya, perwatakan dan suara seperti karakter di dalam permainan.

Jika di dalam permainan, pergerakan NPC ini sudah ditetapkan mengikut program pada game tersebut. Namun di TikTok pula, aksi mereka bergantung kepada jumlah ‘gift’ yang diberikan oleh penonton di siaran live.

Sebagai contoh, individu yang melakukan trend NPC itu akan membuat pergerakan atau reaksi comel kepada penonton live selepas menerima ‘gift’ yang boleh ditukarkan kepada wang tunai.


Apa Hukum Terima Gift Dari Aksi NPC Di Live TikTok?

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Oleh kerana trend NPC ini telah mula tular, seorang individu tampil mempersoalkan tentang hukum dan keberkataan sumber wang yang diraih hasil daripada melakukan aksi NPC di TikTok.

Menerusi sumber dari Maktabah Al-Bakri yang ditulis sendiri oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau tampil memberikan penjelasan.

Beliau menjelaskan bahawa pemberian hadiah adalah disunatkan dalam agama Islam sebagai tanda penghormatan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Maksudnya: Hendaklah kamu saling memberi hadiah. Nescaya, kamu akan saling mengasihi dan mencintai.

Walau bagaimanapun, hukum pemberian hadiah terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:

  • Halal di antara keduanya iaitu pemberi dan penerima hadiah dengan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim.
  • Haram di antara keduanya seperti pemberian bertujuan untuk melakukan kezaliman.
  • Diharamkan kepada penerima hadiah sahaja sekiranya pemberian hadiah itu bertujuan untuk menggelakkan kezalimannya ke atas diri kita.
  • Pemberian hadiah oleh kerana rasa takut disebabkan kemudaratan adalah halal bagi pemberi dan haram bagi penerima. 

Bagi isu berkaitan pemberian ‘gift’ di TikTok berdasarkan trend NPC pula, pemberian hadiah dengan niat untuk melihat gaya yang ditunjukkan adalah tidak sesuai dalam konteks agama Islam.

Pengguna TikTok yang menerima ‘gift’ hasil konten melakukan trend NPC itu juga tidak boleh menerima ‘gift’ lebih-lebih lagi jika mereka perlu menunjukkan gaya yang menimbulkan fitnah.

Yang demikian bersesuaian kaedah fiqh:

كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام

Maksudnya: Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram hukumnya.

Kesimpulan

Trend NPC yang perlu memperlihatkan gaya tidak bersesuaian dengan nilai serta akhlak seorang Muslim adalah tidak dibolehkan.

Ini kerana agama Islam mengajar umatnya untuk bersifat malu, memelihara kehormatan diri serta mengelakkan perbuatan yang boleh merosakkan imej sebagai seorang Muslim.

Diriwayatkan daripada Abu Huraira R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ

Maksudnya: Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan. [Riwayat al-Bukhari (9)]

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nak Tengok” – Wes Anderson Luah Enggan Tonton Trend Filemnya Di TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Tube Girl London’ Jadi Ikutan Anak Muda, Kenali Ikon TikTok Dari Malaysia Ini

Baca Artikel Berkaitan: 4 Individu Maut Patah Leher Lepas Sahut Cabaran TikTok Untuk Lompat Dari Bot


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd