Now Reading
Wanita Persoal Perbezaan Hotel Hidang Arak & Pub, Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Wanita Persoal Perbezaan Hotel Hidang Arak & Pub, Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Pelajar Master dari Malaysia yang juga penuntut University of Oxford menjelaskan pub dan bar di United Kingdom (UK) juga menjadi lokasi untuk bersosial serta berbincang perkara ilmiah.

bar di UK untuk bersosial

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang pelajar Malaysia di United Kingdom yang meluahkan rasa kurang senang dengan penganjuran ‘after party’ di lokasi yang ditegah dalam agama Islam.

Menurut wanita berkenaan, budaya meminum arak yang dikatakan berlaku selepas selesai sesuatu acara bukanlah amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia.

Perbincangan tersebut walau bagaimanapun telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Twitter Goes Wild Over Malaysian Student In UK Expressing Views On Nightclub Afterparty

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dedah Realiti Sebenar ‘Budaya Malaysia’. Kedai Mamak Salah Satunya!


Seorang Lagi Pelajar Malaysia Di UKM Ulas Isu Sama

Menerusi satu video dimuat naik di laman X (Twitter @emmelynnamal), seorang pelajar wanita dari Malaysia bernama Amalina yang sedang menuntut pengajian Master di University of Oxford pula berkongsi pengalaman tentang premis bar dan pub di United Kingdom.

Pelajar ini menjelaskan bahawa pub dan bar di United Kingdom turut menjadi lokasi untuk bersosial serta berbincang perkara ilmiah.

Saya pernah pergi ke bar dan saya berjumpa dengan ramai pensyarah dan profesor yang hebat di sana. Di sini, bar bukan hanya untuk berparti atau meminum arak, tetapi ia juga lokasi untuk bersosial selepas menghadiri forum akademik.

Amalina.

Jelasnya lagi, keputusan seseorang untuk pergi ke bar itu bergantung kepada diri sendiri.

“You do you,” kata pelajar wanita itu.

Walau bagaimanapun, perkongsian video tentang pandangannya mengenai bar dan pub turut menerima reaksi kurang senang dari sesetengah netizen yang berpendapat dia tidak sepatutnya berada di tempat yang menyediakan arak sebagai minuman.

Berikutan itu, Amalina mempersoalkan pula tentang hukum seseorang menginap di hotel yang juga menyediakan arak kepada para tetamu mereka di Malaysia.


Dr Zulkifli Beri Penjelasan Tentang Perbezaan Hotel Yang Sediakan Arak Dan Pub

Perkara yang tular ini turut mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas beliau tampil membalas ciapan wanita berkenaan dengan memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di laman X (Twitter @drzul_albakri).

Beliau memberi pandangan bahawa pelajar wanita itu mempunyai sedikit salah faham selepas didakwa menyamakan pub dengan hotel yang turut menyediakan arak.

Hukum asasnya diberi penjelasan berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر

Maksudnya: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat, jangan duduk pada hidangan di mana arak dihidangkan.

Hotel adalah sebuah tempat penginapan kerana mempunyai urusan manakala pub serta kelab malam pula menjadi lokasi tumpuan untuk meminum arak.

Jelas beliau lagi, tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk meminum arak.

Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il iaitu perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram, dan muharramat al-maqasid iaitu perkara yang haram pada zatnya. Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Zulkifli juga menyamakan hukum jika seseorang menaiki kapal terbang yang menghidangkan minuman arak kepada penumpang.

Sama juga situasinya dengan menaiki kapal terbang. Tidak ada Muslim yang menaiki kapal terbang semata-mata untuk minum arak. Semuanya ada keperluan dan urusan tertentu.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ini kerana hotel dan kapal terbang dikategorikan sebagai muharramat al-wasa’il iaitu harus hukumnya kerana mempunyai urusan manakala pub dan kelab malam pula adalah muharramat al-maqasid kerana menghidangkan arak serta melibatkan aktiviti yang tidak selari dengan adab seorang penganut beragama Islam.

Beliau turut menasihati pelajar Malaysia yang berada di luar negara untuk tidak memilih ke tempat-tempat sedemikian dan boleh pergi ke lokasi lain untuk tujuan berhibur serta bersosial dengan rakan-rakan bukan Islam.


Pelajar Wanita Tersebut Beri Respon Terhadap Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Selepas menerima penjelasan dari Dr Zulkifli, Amalina mengucapkan terima kasih kepada bekas mufit tersebut kerana memberi jawapan dengan penuh beradab.

Pelajar berkenaan turut mengajak Dr Zulkifli untuk berjumpa selepas dia pulang semula ke Malaysia pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd