Now Reading
Pesawat Terhempas Di Elmina: “Haram Sebarkan” – Dr Zulkifli Nasihat Orang Ramai Henti Sebar Video & Gambar Mangsa

Pesawat Terhempas Di Elmina: “Haram Sebarkan” – Dr Zulkifli Nasihat Orang Ramai Henti Sebar Video & Gambar Mangsa

Hukum menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam kejadian nahas pesawat terhempas di Elmina adalah haram.

henti sebar aib mayat pesawat terhempas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejadian pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina West, Seksyen U16, Denai Alam yang berlaku semalam (17 Ogos) telah menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Terdapat banyak video serta gambar yang dikongsikan oleh netizen di lokasi kejadian dan juga rakaman ketika detik pesawat terhempas yang diambil daripada kamera dashcam milik kereta di lokasi insiden.

Sementara itu, sesetengah pihak juga dipercayai telah menyebarkan gambar mayat-mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna selepas maut dalam nahas kemalangan pesawat terhempas.

Artikel Berkaitan: Pesawat Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Langgar Motosikal & Kereta

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Exco Pahang Antara Mangsa Nahas

Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk Pengguna


Orang Ramai Dinasihati Henti Sebar Video Dan Gambar Melibatkan Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Disebabkan terlalu banyak gambar dan video melibatkan mangsa insiden tersebut yang disebarkan secara berleluasa oleh masyarakat, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran.

Saya konsisten sejak dulu larang sebarkan gambar dan video berkaitan tanpa kira latar belakang. Saya juga yakin, ramai lagi yang larang. Cuma mungkin tak ada dalam circle kita. Apa yang penting, elakkan kebiasaan menularkan gambar dan video sebegitu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sumber: Facebook

Jelasnya, hukum menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam kejadian nahas pesawat berkenaan adalah haram kerana ia boleh melukakan hati keluarga arwah dan mendedahkan aibnya.

Nabi Muhammad SAW turut bersabda:

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ

Maksudnya: Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya. [Riwayat Muslim (2564)]


Memetik sumber laman web Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan menyebarkan gambar mayat yang tidak menutup aurat adalah suatu perkara yang ditegah dalam agama.

Sehinggakan para ulama menitikberatkan bahawa aurat mayat perlu dijaga meskipun ketika urusan memandikan jenazah.

Imam al-Nawawi pernah berkata: “Dan disunatkan agar ditutup mayat (ketika memandikan jenazah) daripada orang lain, kerana berkemungkinan terdapat pada badannya itu suatu aib yang beliau menutupinya dahulu (ketika dia hidup), dan boleh jadi terdapat badannya itu suatu tompokan darah, lalu disangka oleh orang yang melihatnya itu sebagai suatu hukuman baginya (mayat itu).” (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/154).

Rasulullah SAW dalam satu hadisnya bersabda:

لا تبرز فخذك ولا تنظر إلى فخذ حي ولا ميت

Maksudnya: Jangan membuka paha kamu dan janganlah melihat kepada paha orang yang hidup atau meninggal dunia. [Riwayat Abu Daud (3140), Ibnu Majah (1460)]

Visual seperti tertanggal anggota dari badan, terburai jasad dan sebagainya boleh membuka aib mayat dan perbuatan menyebarkannya adalah sangat tidak bertanggungjawab serta dilarang dalam agama Islam.


MCMC Larang Sebarang Penyebaran Gambar Visual Mangsa Pesawat Terhempas

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut melarang orang ramai daripada menyebarkan sebarang visual ataupun gambar mangsa insiden pesawat terhempas di Elmina.

MCMC ingin mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi. Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM menegaskan bahawa individu yang menyebarkan visual mangsa tragedi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Twitter Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Mufti Wilayah Pesekutuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd