Now Reading
Nasi Goreng Kambing Tersenarai Antara 100 Makanan Tak Sedap Di Dunia

Nasi Goreng Kambing Tersenarai Antara 100 Makanan Tak Sedap Di Dunia

Nasi Goreng Kambing telah disenaraikan dalam ranking ke 48 daripada 100 sebagai hidangan yang tidak sedap di dunia menerusi laman web TasteAtlas.

nasi goreng kambing

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang sangat bertuah kerana negara ini kaya dengan pelbagai jenis hidangan yang juga datang dari latar belakang berbeza.

Antara salah satu faktor yang menyebabkan Malaysia sering menerima kunjungan dari pelancong luar negara adalah kerana mahu merasai sendiri makanan di sini.

Menu menarik yang mendapat perhatian ramai pelancong adalah roti canai, nasi lemak, durian, cendol, nasi kandar dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Duduki Tempat Kedua ‘Best Street Food’ Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Makanan Untuk Raja”- Penduduk Kampung Di Pakistan Beri Reaksi Jamah Hidangan Dari Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!


TasteAtlas Senaraikan Nasi Goreng Kambing Ranking Ke-48 Makanan Tidak Sedap Di Dunia

Walau bagaimanapun, tidak semua hidangan di Malaysia digemari oleh orang ramai termasuklah para pelancong.

Menerusi laman web TasteAtlas, salah satu makanan Malaysia iaitu Nasi Goreng Kambing telah disenaraikan dalam ranking ke 48 daripada 100 sebagai menu yang tidak sedap di dunia.

Laman web ensiklopedia pelancongan makanan antarabangsa itu telah menunjukkan menu Nasi Goreng Kambing tersebut hanya menerima 2.6 bintang daripada lima.

TasteAtlas turut menjelaskan hidangan ini yang digoreng bersama beberapa bahan seperti:

  • Nasi
  • Kambing cincang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Timun
  • Daun kari
  • Daun limau purut
  • Pes udang
  • Sos ikan
  • Jintan manis
  • Kayu manis
  • Cuka putih
  • Tomato
  • Telur
  • Garam
  • Ketumbar
  • Minyak

Walaupun berasal dari Malaysia, tetapi hidangan Nasi Goreng Kambing ini juga terkenal di Singapura dan Indonesia.

Sumber: TasteAtlas

Hidangan Lain Yang Turut Tersenarai Sebagai Menu Tak Sedap Di Dunia

Dalam senarai yang sama dalam TasteAtlas, terdapat banyak lagi hidangan yang dikatakan tidak sedap dari negara-negara lain.

Hidangan yang dipercayai paling tidak sedap di dunia adalah menu Hákarl dari Iceland yang merupakan makanan kebangsaan Iceland diperbuat daripada daging jerung yang diawet sehingga tiga bulan sebelum dibiarkan mengering selama lima bulan.

Berikut adalah 10 hidangan teratas yang menduduki senarai menu paling tidak sedap di dunia:

  1. Hakarl, Iceland
  2. Ramen Burger, USA
  3. Yerushalmi Kugel, Israel
  4. Kalvsylta, Sweden
  5. Sklandrausis, Latvia
  6. Chapalele, Chile
  7. Calskrove, Sweden
  8. Bocadillo de carne de caballo, Sepanyol
  9. Marmite & Chip Sandwich, New Zealand
  10. Ryynimakkara, Finland
Sumber: TasteAtlas

Bagi penulis, hidangan Nasi Goreng Kambing ini adalah salah satu menu yang sering dipesan oleh pelanggan di kedai mamak.

Mungkin para pelancong yang kurang gemar dengan hidangan ini tidak menjumpai restoran atau kedai makan yang memasak hidangan ini dengan enak.


Resepi Nasi Goreng Kambing

Untuk anda yang mahu memasak sendiri hidangan Nasi Goreng Kambing ini, jom kami kongsikan resepinya di bawah.

Sumber: RASA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan nasi
  • 200 gram daging kambing yang direbus dan dipotong
  • Sayur sawi secukupnya
  • 3 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • 1 sudu teh serbuk belacan 
  • 2 sudu makan sos ikan 
  • 2-3 sudu makan kicap manis

Cara masakan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, masak hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan telur dan masak sehingga hancur dan sedikit garing.
  5. Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan. Gaulkan seketika.
  6. Seterusnya masukkan nasi, hirisan sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  7. Siap untuk dihidang.

Kalau korang dah cuba resepi ini, kongsilah sikit dengan kami. Nak juga rasa! 😋


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd