Now Reading
“Hebat Multitask” – Peniaga Apam Balik Dipuji, Jadi Pengganti Baca Doa Di Kenduri Kahwin

“Hebat Multitask” – Peniaga Apam Balik Dipuji, Jadi Pengganti Baca Doa Di Kenduri Kahwin

Seorang peniaga apam balik dilihat bersahaja membaca doa di sebuah majlis perkahwinan selepas diminta oleh tuan rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, kita akan lihat banyak momen dan perkara yang terjadi di sesebuah majlis perkahwinan.

Sebagai contoh kesibukan pihak catering menghidangkan juadah kepada orang ramai, tuan rumah melayan para tetamu, pengacara mengendalikan majlis dan sebagainya.

Namun lain pula berlaku di majlis perkahwinan ini apabila seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan manisan buat tetamu, melakukan tugasan tambahan yang lain dari skop kerjanya.


Peniaga Apam Balik Diminta Baca Doa Ketika Kenduri Kahwin

Tular satu hantaran di laman TikTok (@abang_kuhot) menyaksikan seorang peniaga Apam Balik bersama pembantunya sedang menyediakan pesanan kuih tradisi Malaysia itu di sebuah majlis perkahwinan.

Ketika lelaki itu sedang memasak apam balik, seorang pakcik dipercayai tuan rumah dilihat menghampirinya dan bertanyakan kepada peniaga tersebut sama ada dia boleh mengetuai bacaan doa atau tidak.

Hal ini berkemungkinan kerana, individu yang sepatutnya membaca alunan doa tidak berada di situ semasa majlis berlangsung.


Tak Gentar Walau Diminta Baca Doa Saat Akhir

Tanpa berdolak-dalik, lelaki tersebut bersetuju dengan permintaan itu dan tidak kekok membaca doa.

Walaupun permintaan tersebut secara mengejut, namun peniaga berkenaan dilihat kekal tenang dan tidak berasa gemuruh selepas dihulurkan mikrofon.

Malah dengan pertolongan pembantu di sebelah, segala urusan berjalan dengan baik ketika dia membaca doa tersebut termasuklah proses menyediakan pesanan apam balik.

Sekali dengar, memang lancar sungguh peniaga itu membaca doa, seolah-olah sudah selalu mengetuai bacaan doa tersebut di mana-mana majlis lain sebelum ini.

@abang_kuhot KENA BACA DOA PULAK DAH🤣😂 #fypp #kuhotmalaysia ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Peniaga Apam Balik Baca Doa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji peniaga tersebut kerana tidak gentar dengan permintaan saat terakhir itu.

“Pakcik tu tanya je, abang ni terus cakap boleh. Abang ni tak kosong, terbaik la,” kata seorang individu.

Malah ada yang berkata bacaan doa yang panjang dan syahdu itu ibarat seperti khutbah Jumaat.

“Alhamdulillah. Mantap macam dengar khutbah Jumaat. Terbaik bang,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai berpendapat vendor apam balik itu berpotensi untuk menjadi seorang pengacara untuk majlis-majlis akan datang.

“Semoga dipermudahkan urusan dan murah rezeki. Pengacara tetap dah lepas ini untuk event seterusnya. Ada bakat terpendam yang telah bersinar,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@abang_kuhot)

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Kemerduan Suara Pemuda Ketika Baca Selawat Taslim Untuk Majlis Kahwin [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd