Now Reading
Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!

Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!

Village Park dipilih sebagai salah satu wakil kulinari dari Malaysia bersama 53 restoran lain di seluruh Asia Tenggara untuk dipaparkan di papan tanda pada Menara Nasdaq.

village park nasi lemak billboard times square new york (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila tanya tentang menu sarapan, nasi lemak adalah salah satu pilihan orang ramai untuk mengisi perut mereka di pagi hari.

Menu ini bukan sahaja digemari oleh kaum Melayu, sebaliknya menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan nasi lemak.

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Customers Wait 6 Hours For ‘Akka’ Nasi Lemak, But It Was Sold Out

Hidangan nasi lemak ini dijual di merata-rata tempat seperti di gerai tepi jalan atau di restoran-restoran terkenal seperti Village Park Restaurant di Damansara Utama.


Jenama Village Park Hiasi Billboard Di Times Square New York

Berbicara tentang Restoran Village Park, baru-baru ini premis tersebut yang terkenal dengan hidangan nasi lemak mereka telah melakar satu sejarah yang cukup membanggakan rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram mereka (@villageparkofficial), jenama Village Park telah terpampang di papan billboard popular di sekitar Times Square New York di Amerika Syarikat.

Village Park meluahkan rasa teruja apabila dipilih sebagai salah satu wakil kulinari dari Malaysia bersama 53 restoran lain di seluruh Asia Tenggara untuk dipaparkan di papan tanda pada Menara Nasdaq.

Dalam pada itu, Village Park juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan tanpa henti kepada perniagaan mereka.

Sebagai tanda menghargai sokongan dari anda semua, kami berjanji akan mengekalkan standard kecemerlangan berterusan dalam perkhidmatan dan juga masakan untuk mempamerkan rasa terima kasih kami kepada anda semua.

Village Park.

Ramai Rakyat Malaysia Ucap Tahniah Kepada Village Park

Ruangan komen hantaran tersebut mendapat banyak reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Village Park atas kejayaan mereka itu.

Malah, netizen turut memuji keenakan hidangan nasi lemak di Restoran Village Park dan katanya ada juga yang memang selalu makan di premis tersebut.

“Tahniah, saya memang selalu ke sana setiap minggu,” kata seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula berkata, “Saya memang suka nasi lemak Village Park, rasa macam nak pergi makan sekarang. Nasib baik dekat je.”

Sumber: Instagram

Nasi Lemak Antara 100 Hidangan Tradisional Popular Di Dunia

Pada tahun 2019, nasi lemak telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan tersenarai antara 100 hidangan tradisional yang popular di seluruh dunia.

Menurut sumber TasteAtlas, nasi lemak berada dalam kategori makanan dengan rating empat bintang setanding dengan menu ketam cili dari Singapura, burrito dari Mexico dan peri peri chicken dari Mozambique.

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Makanan Tradisional Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Makanan Untuk Raja”- Penduduk Kampung Di Pakistan Beri Reaksi Jamah Hidangan Dari Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd