Now Reading
TikToker Malaysia Dedah Kos Bayar Papan Iklan 15 Saat Di Times Square, New York

TikToker Malaysia Dedah Kos Bayar Papan Iklan 15 Saat Di Times Square, New York

Ivor Xian Z menempah slot menerusi aplikasi TSX untuk memaparkan video produk HYGR miliknya selama 15 saat di papan iklan Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kalau anda kerap menggunakan TikTok, mesti anda akan mengenali seorang influencer ini yang dilihat selalu melakukan ‘review’ terhadap semua benda. Dari makanan, produk, servis tandas berbayar sehinggalah perjalanan ke festival Coachella di Amerika Syarikat, semuanya sudah dicuba.

Wanita bernama Ivor Xian Z ini dikenali dengan tagline ‘Trying….. so you don’t have to”. Terdahulu, graduan jurusan undang-undang ini dilihat melakukan video membuat ‘review’ tentang produk jualan kosmetiknya iaitu HYGR.

Ketika lawatannya ke New York, Amerika Syarikat, dia memuat naik video menunjukkan produknya terpampang di skrin besar yang popular di Times Square dengan kapsyen “Lihat, ayah, jenama yang sebelum ini dikatakan tidak berjaya kini berada di skrin besar”.

Video itu menunjukkan Ivor berdiri di hadapan papan iklan sambil memegang produk pelembap bibir (lip balm) keluarannya sementara menunggu iklan tersebut dipaparkan.

Sewaktu iklan berdurasi 15 saat itu disiarkan, Ivor dengan teruja memakai lip balm berkenaan pada bibirnya dan bergambar dengan skrin iklan di belakangnya.

https://www.tiktok.com/@ivor_xianz/video/7236040976278605057

Selain mengucapkan tahniah kepada Ivor, ramai netizen tertanya-tanya tentang kos yang dibayar oleh influencer tesebut.

Untuk menjelaskan tentang kos yang dikeluarkan untuk papan iklan tersebut, Ivor memuat naik satu video berasingan di laman TikTok miliknya (@ivor_xianz).

Dalam video tersebut, dia menjelaskan bahawa kos yang dikeluarkan untuk papan iklan di Time Square, New York tidaklah terlalu mahal seperti yang disangka oleh orang ramai.

Menurutnya, dia hanya membayar sejumlah $40 (RM183) untuk iklan berdurasi 15 saat menerusi satu aplikasi bernama TSX yang dikhaskan untuk tujuan pengiklanan di papan tersebut.


Bagaimana Iklan Berbayar Itu Dilakukan?

Ivor memberitahu bahawa harga untuk membeli satu papan iklan memang agak mahal iaitu berharga sekurang-kurangnya $5,000 (RM22,919) sehari bergantung kepada lokasi dan sama ada ia berbentuk imej atau video.

Tetapi sesetengah syarikat pula bijak melakukan strategi perniagaan mereka dengan membeli papan iklan selama satu bulan dan membuka slot 15 saat untuk mana-mana individu atau jenama yang berminat dengan harga berpatutan.

Sekiranya syarikat tersebut perlu membayar $20,000 (RM91,676) untuk membeli satu papan tanda selama satu bulan dan menjual slot singkat kepada mana-mana pihak untuk tempoh 15 saat dengan harga $40 (RM183), mereka dianggarkan dapat mengutip jualan sehingga $7,000,000 (RM32,086,600) sebulan!

Ivor memberitahu kepada pengikutnya yang dia bukanlah orang kaya, tetapi individu sebenar yang mewah adalah syarikat yang membeli keseluruhan papan tanda selama satu bulan.

Memandangkan dia tidak mempunyai video iklan HYGR yang sesuai untuk dipaparkan pada papan iklan semasa berada di ke Amerika Syarikat, dia hanya merakam video ringkas dirinya menggunakan produk lip balm jualannya di tandas.

Walaupun hanya video saat akhir, tetapi dia berjaya keluar pada skrin besar di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh dunia.

Video itu perlu dimuat naik dalam nisbah segi empat sama dan mereka akan menyemaknya dalam masa sejam atau lebih untuk melihat sama ada ia diterima atau tidak.

Kalau anda nak tahu, videonya telah ditolak sebanyak tiga kali kerana telah meletakkan pautan bersama. Tak boleh ya!

Di akhir perkongsian video itu, Ivor menasihati orang ramai untuk berada 15 minit lebih awal di hadapan papan iklan bagi melihatnya secara ‘live’. Kalau terlepas satu minit, tak merasalah 15 saat yang paling bermakna anda di Times Square, New York.

Ini adalah kos $40 (RM183) yang paling bermakna saya pernah bayar untuk populariti selama 15 saat.

Influencer Malaysia dan juga pengasas produk HYGR, Ivor Xian Z.
https://www.tiktok.com/@ivor_xianz/video/7236354311654083841?xx

Apa Itu TSX?

Berdasarkan carian yang dilakukan, TSX Entertainment adala sebuah syarikat yang berurusan dengan pengiklanan di salah satu papan iklan utama di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Menurut sumber Fast Company, TSX Entertainment akan menggunakan papan iklan untuk menyiarkan konsert dan program budaya pop yang berkaitan. Malah, mereka juga kini membuka sewaan kepada kepada orang ramai melalui video berdurasi 15 saat.

Sesiapa sahaja boleh menyiarkan video mereka tentang apa sahaja di papan iklan yang boleh dilihat kira-kira 400,000 orang sehari.

Yang penting, video atau gambar tersebut tidak mempunyai unsur keganasan, perkara yang boleh menyinggung perasaan atau visual lucah. 

Sebelum ini, seorang individu pernah menyiarkan video selama 15 saat menunjukkan dia menghirup wain manakala seorang lagi pula memaparkan kenangan mengambil selfie.

Anda pun boleh buat perkara yang sama dengan hanya memuat naik aplikasi TSX dan menempah slot berbayar $40 (RM183) untuk menjadi popular selama 15 minit.

https://www.tiktok.com/@tsxentertainment/video/7220485952681102638

Pengasas bersama dan CEO bersama TSX Entertainment, Nick Holmstén berkata bahawa mereka mahu menyekat peluang syarikat dari jenama besar untuk membeli slot dan mengiklankan produk mereka kerana mereka boleh membuatnya dengan pelbagai cara lain.

TSX mahu menyokong jenama kecil atau mana-mana influencer untuk terpampang jelas pada skrin besar LED setinggi 25 kaki dengan mewujudkan lebih banyak peluang untuk jenama inovatif dikenali di mata dunia. 

Kami tidak mahu banyak syarikat membeli 15 saat pada skrin itu kerana bagi kami ini adalah papan iklan terbesar di dunia.

Pengasas bersama dan CEO bersama TSX Entertainment, Nick Holmstén.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd