“Senang Je Tiru” – Netizen Bengang Kemunculan Sambal Nyet Menyerupai Produk Khairul Aming
Kad yang disertakan sekali dengan pembelian Sambal Nyet Khairi itu juga hampir sama dengan pemberian Khairul Aming kepada para pelanggan Sambal Nyet Berapi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut Sambal Nyet, rata-rata rakyat Malaysia akan mengetahui bahawa produk yang dikeluarkan oleh pereka konten masakan dan pempengaruh media sosial Khairul Aming ini sememangnya barangan sangat laris.
Sejak hari pertama dikeluarkan pada tahun 2021 sehingga kini, Sambal Nyet mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Memang laku betul!
Hasil jualan produk ini juga telah meraih jutaan ringgit sehingga Khairul Aming mampu untuk membuka beberapa kilang di Kelantan dan menyediakan peluang pekerjaan.
Baca Artikel Berkaitan: Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan
Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit
Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!
Peniaga Online Tiru Produk Sambal Nyet Khairul Aming?
Baru-baru ini, tular satu produk yang dijual di platform atas talian dan mendapat kecaman netizen di media sosial kerana barangan tersebut dikatakan telah meniru Sambal Nyet dari Khairul Aming.
Menerusi beberapa perkongsian di laman X dan Facebook, pembungkusan produk yang diberi nama Sambal Nyet Khairi itu turut mempunyai pelekat berwarna merah dengan logo berapi seakan-akan produk jualan Khairul Aming.
Bukan itu sahaja, kad yang disertakan sekali dengan pembelian sambal juga hampir sama dengan pemberian Khairul Aming kepada para pelanggan Sambal Nyet Berapi.
Dari segi harga pula, Sambal Nyet Khairi ini dijual pada harga RM13.11 dan difahamkan ia turut dijual di platform TikTok.
Walau bagaimanapun, jualan produk berkenaan di platform Shopee telah dipadam.
Nampak sama tapi bukan dia pic.twitter.com/Ou8SdtRmPl
— @ (@anthraxxx781) December 27, 2023
Netizen Bengang Dengan Tindakan Peniaga Tiru Produk Khairul Aming
Rata-rata netizen memberikan reaksi kurang senang selepas melihat kewujudan produk jualan dipercayai meniru Sambal Nyet yang popular di Malaysia.
Malah mereka turut mendakwa gambar pada kad tersebut juga adalah gambar palsu yang dijana menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Sesetengah netizen berpendapat Khairul Aming perlu mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga berkenaan kerana telah menciplak barangan jualannya itu.
Lebih merisaukan lagi, ada juga segelintir pihak telah tertipu dan membeli produk berkenaan yang dipercayai Sambal Nyet jualan Khairul Aming.
Pelanggan yang pernah terbeli Sambal Nyet Khairi itu mendakwa rasanya tidak sama dan jauh berbeza dengan produk sebenar jualan Khairul Aming.
“Dah terbeli sebab ingat KA punya. Sekali sampai rasa lain sangat. Tak pedas dan jauh beza sangat rasa dia,” kata netizen.
Difahamkan, lebih 800 botol sambal tiruan itu telah terjual di platform Shopee sebelum barangan berkenaan telah dibuang dari senarai jualan.
Kes Hampir Sama Pernah Berlaku Kepada Produk Sambal Nyet Khairul Aming
Pada tahun pertama jualan Sambal Nyet pada tahun 2021, Khairul Aming telah menyuarakan tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak yang didakwa telah menjual produk Sambal Nyet palsu.
Selepas dua hari Khairul Aming mendedahkan perkara tersebut melalui bebenang di laman X (Twitter), pihak yang menjual Sambal Nyet palsu tersebut tampil berjumpa dengan Khairul Aming untuk membuat pengakuan salah serta meminta maaf dan menyesali perbuatannya itu.
Tiga tuntutan yang diminta dari Khairul Aming terhadap penjual tersebut adalah:
- Bayar pampasan tunai
- Permohonan maaf secara terbuka
- Pengakuan salah di balai polis
Akaun Shopee penjual tersebut juga telah dibuang oleh Shopee walaupun telah ditukar kepada nama lain.
Khairul Aming berharap supaya perkara itu dijadikan sebagai pengajaran buat semua supaya tidak berulang lagi di masa hadapan.
Walau bagaimanapun, Khairul Aming belum memberikan reaksi terhadap kemunculan Sambal Nyet Khairi.
Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Tuntut 3 Perkara Lepas Reseller SambalNyet Palsu Tampil Akui Salah & Minta Maaf
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.