Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan
Khairulaming akan membuka kilang kedua di Kelantan seluas 22,000 kaki persegi selepas meraih jualan sebanyak RM14 juta.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut nama Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, mesti ramai yang teringat kepada produk jualannya iaitu Sambal Nyet.
Sambal Nyet adalah produk sulung yang dikeluarkan oleh personaliti media sosial ini pada 6 Januari 2021 dan dijual di platform Shopee Khairulaming Brand.
Sejak hari pertama dikeluarkan sehingga kini, Sambal Nyet mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Memang laku betul!
BACA JUGA: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!
Jualan Sambal Nyet raih RM14 juta, Khairulaming buka kilang kedua
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Khairulaming di laman Twitter milikya (@khairulaming), dia berkongsi kejayaan Sambal Nyet yang kini telah dijual sebanyak satu juta botol dan meraih jumlah jualan RM14 juta.
Kejayaan tersebut membuatkan Khairulaming mengambil keputusan untuk membuka kilang kedua di Kelantan seluas 22,000 kaki persegi.
Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi 🙏🏻 (Thread): pic.twitter.com/C0z0Y8wUT5
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Cabaran pada awal perniagaan
Pada awal perniagaan Sambal Nyet ketika Januri tahun lalu, Khairulaming menceritakan mereka hanya membuka tempahan sebanyak 10,000 botol dan mengambil masa kita kira 10 hari untuk menyiapkan proses pembungkusan.
awal januari tahun lepas kita bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Time ni sangat huru hara, nak packing 10,000 botol ni ambil masa 10 hari. kita cuma ada space kecil sebab sewa lot kedai sebelah kedai runcit pic.twitter.com/q50JkfHKOe
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Tiga bulan kemudian selepas jualan pertama meraih RM1 juta, duit jualan tersebut digunakan untuk membuka kilang pertama mereka seluas 14,000 kaki persegi di Kelantan.
Katanya waktu itu memang macam-macam benda yang tersalah buat dan tersalah beli.
3 bulan kemudian kita reach jualan Rm1 juta yang pertama. Sales yang kita dapat ni kita rolling untuk buka kilang pertama seluas 14,000 sqft. Time ni pun kita masih blur sbb first time buka kilang. Salah beli mesin, salah setup flow, macam2 silap kita buat pic.twitter.com/fhFExeYpyT
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Bila kes Covid-19 meningkat pada tahun lepas, jumlah pekerja dalam kilang terpaksa dikurangkan sebanyak 75% untuk menjaga keselamatan mereka semua.
Bila pekerja kurang, banyak produksi yang tersangkut dan pada waktu itu, operasi kilang hanya ‘bergerak’ pada kadar yang paling minimum.
Bila kes covid meningkat tahun lepas, kita kurangkan production kilang sebanyak 75% untuk menjaga keselamatan semua orang di kilang. Barang supplier juga banyak yang sangkut, jadi kita operate pada kadar paling minimum untuk beberapa bulan
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Dulu cuma boleh masak 200 botol sehari, kini cecah 5,000 botol!
Selepas negara kita pulih dari pandemik, lebih banyak ubah suai dan mesin baharu yang dibawa masuk untuk memudahkan proses penghasilan sambal.
Kalau dulu boleh masak 200 botol je sehari, sekarang boleh mencecah sehingga 5,000 botol!
Selepas kes covid dah mula pulih, kita teruskan proses renovation kilang dan bawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Pada Januari lalu, perniagaan Sambal Nyet genap setahun dan kilang pertama mereka yang sudah 90% diubah suai kini sudah boleh beroperasi seperti biasa.
Khairulaming turut meluahkan rasa bersyukur kerana Sambal Nyet kini telah mencapai jualan sebanyak satu juta botol walaupun pelbagai cabaran yang dilalui pada awal perniagaan.

Dengan pembukaan kilang kedua di Kota Bharu, Kelantan pada beberapa tempoh akan datang, lebih banyak produksi tambahan dapat dilakukan untuk menghasilkan Sambal Nyet.

Ramai ucap tahniah dan terinpirasi dengan perniagaan Khairulaming
Kisah kejayaan yang dikongsikan itu pastinya mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Khairulaming dan menjadikan perjalanan perniagaannya sebagai sesuatu yang memberi inspirasi.




Pada masa sama, ada juga yang masih belum dapat membeli dan merasai Sambal Nyet kerana dikatakan selalu ‘sold out’.



Bangga tengok kejayaan Khairuaming dari awal-awal dia berniaga sampai dah nak buka kilang kedua. Boleh tahan banyak juga review best tentang Sambal Nyet.
Penulis sendiri pun belum berkesempatan untuk membeli sambal itu. Dapat makan dengan nasi panas pun sedap juga.
BACA JUGA: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.