Khairulaming Tuntut 3 Perkara Lepas Reseller SambalNyet Palsu Tampil Akui Salah & Minta Maaf
Reseller tersebut telah diminta menyelesaikan tiga tuntutan oleh pihak Khairulaming di atas perbuatannya ini.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Umum sedia maklum, baru-baru ini Khairulaming ada memuat naik satu perkongsian di laman Twitter miliknya di mana dia menyuarakan tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak yang didakwa telah menjual produk Sambal Nyet yang palsu.
Tapi kalau korang tengok packaging sambal palsu tu, memang sebijik dengan yang asli. Cumanya, kalau dibandingkan sebelah-sebelah, warna sambalnya amat berbeza.

Nampak tak berbezaannya?
Maklumat pesalah didedahkan melalui akaun Twitter Khairulaming sendiri
Khairulaming berasa tidak puas hati dengan tindakan reseller Sambal Nyet palsu ini lalu membuat keputusan untuk mendedahkan pesalah melalui satu perkongsian yang berupa rangkaian tweets.
Perkara ini dilakukan olehnya bertujuan untuk memberitahu pesalah supaya tampil dan membuat pengakuan atas perbuatan yang tidak wajar ini.
Perkongsian tersebut juga telah berjaya meraih lebih 50K retweets ketika artikel ini ditulis.
Hari ni aku nak share satu kes di mana ada someone dari shah alam jual sambal nyet and mengaku as reseller tp sebenarnya dia duplicate sambal and jual yang palsu. Dah lebih 700 botol orang beli dari dia. Thread: pic.twitter.com/4NEhWjqE0G
— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
oleh itu perhatian kepada Masturaaliyah (Heauty Legacy) yg bernombor telefon 019-6825852 di alamat No 23-2 Mutiara Anggerik, Jalan Tukul N15, 40200 Shah Alam, this tweet is for you. sesiapa yg beli dari dia mintak check balik sambal yg you guys dpt. idk apa dia letak kat dlm tu pic.twitter.com/qyL29zjWxc
— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
Akhirnya, selepas dua hari (#thepowerofsocialmedia) – pesalah yang menjual Sambal Nyet palsu tersebut tampil berjumpa dengan Khairulaming untuk membuat pengakuan salah serta meminta maaf. Wanita tersebut juga dikatakan amat menyesali perbuatannya itu dan menangis.
Namun, ada tiga tuntutan yang diminta oleh pihak Khairulaming, iaitu:
- Bayar pampasan tunai
- Permohonan maaf secara terbuka
- Pengakuan salah di balai polis
Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys🙏🏻), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: pic.twitter.com/PtwtU0B363
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
1. bayar pampasan tunai. tapi duit ni aku takkan refund balik kepada buyers sbb proses refund ni tak mudah and aku nak buyers utk take accountability jgk. oleh itu 100% duit ni aku akan sedekah kat asnaf yg memerlukan di bulan puasa ni. aku tak akan ambil satu sen pun
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
2. public apology video. this is her apology video admitting her mistake yang palsukan kandungan sambal dan juga design botol sambal nyet pic.twitter.com/K0WkH0q8en
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
3. statement pengakuan salah di balai polis. tadi dia dh pergi ke balai polis damansara yg aku buat laporan semalam, and buat pengakuan bertulis kat situ. semua details dan pengakuan dah captured dlm report polis pic.twitter.com/pm8jBUNYed
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Malah, akaun Shopee pesalah juga telah dibuang oleh Shopee walaupun setelah ditukar kepada nama lain.
in addition to that, kedai dia pun sudah di banned dari shopee walaupun semalam nama kedai sudah ditukar dari MasturaAliyah ke DK Perfume Shop pic.twitter.com/y0LpYsqP9n
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Khairulaming berharap supaya perkara ini dijadikan sebagai pengajaran buat semua supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
I hope this will be a lesson to anyone yg cuba nak buat macam ni lagi in the future. tq guys for sharing this issue, diharapkan kita semua aware utk tidak ambil mudah benda mcm ni. selamat berpuasa everyone 🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
BACA SINI: ‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.