Now Reading
‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!

‘Sambal Nyet’ Khairulaming Terjual & Raih RM1 Juta Dalam Masa Kurang 4 Bulan. Hebat!

Khairulaming turut mendedahkan ‘post morterm’ di sebalik penjualan Sambal Nyet ini.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Baru-baru ini telah viral di mana seorang tukang masak terkenal di media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman telah mendedahkan tentang penjualan produk sambal miliknya iaitu Sambal Nyet. Paling mengejutkan, jumlah daripada penjualan sambal tersebut kini telah mencecah sehingga RM1 juta dalam masa tiga bulan lebih sahaja.

Perkongsian melalui rangkaian tweets yang dibuat oleh Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming itu telah berjaya meraih lebih 29.6K retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Malah, dia turut menceritakan bahawa dia pernah membuang 3 ribu botol sambal dalam bulan Februari sebab ada yang rosak dan basi. Mereka telah membuat tinjauan dan memang ada isu pada ‘bottling stage’ sebab ada yang ditutup tak rapat.

Namun, isu tersebut telah diselesaikan dan tidak akan ada lagi masalah sama berlaku sebab selepas ini mereka akan menggunakan mesin.

Menurutnya, pelanggan hotline yang mereka wujudkan pun sudah banyak membantu untuk mengasingkan inquiry untuk orang yang nak beli sambal dengan inquiry daripada pembeli yang menerima bungkusan yang tidak elok. Jadi bila ada yang mengendalikan customer hotline, makin cepat mereka boleh mengatasi isu yang diterima.

Namun begitu, Khairul turut menjelaskan bahawa banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat. Mereka perlu ubah suai gudang supaya lebih selesa, beli banyak lagi mesin, besarkan lagi team. Selain itu, banyak benda betul dan salah yang telah dilakukan olehnya sepanjang tiga bulan ini dan setiap hari dia akan belajar satu benda baru.

Khairul menjelaskan, dari segi permintaan dia sangat bersyukur sebab Sambal Nyet masih lagi dijual habis dan laju seperti kali pertama dilancarkan. Setiap hari mereka akan menjual sambal mengikut pecahan 9 slot dan setiap slot akan terjual habis dalam masa 30 saat hingga 1 minit sahaja!

Walau bagaimanapun, Khairul menegaskan bahawa perkara ini masih tidak bagus. Pusing macam mana pun, penyelesaian paling baik adalah menaikkan pengeluaran dan itu merupakan keutamaan utama. Dengan stock 4 ribu botol sehari (~100K sebulan), dia berharap makin ramai orang yang boleh membeli.

Dia turut menceritakan bahawa sudah berbulan dia tidak pulang ke Kelantan dan dia juga telah mengendalikan bisnes ini secara ‘remote’ dari KL setiap hari. Jelasnya lagi, kalau dia boleh pulang ke Kelantan, dia boleh semak dan lihat apa yang boleh ditambahbaik. Tapi untuk waktu sekarang, dia percayakan teamnya untuk jalankan bisnes ini dengan baik.

Selain itu, Khairul juga harus seimbangkan usahanya untuk mengeluarkan konten-konten pada bulan Ramadan, konten untuk klien dan juga kendalikan bisnes sambal. Ini juga salah satu sebab kenapa semua konten-konten videonya tak dapat disiapkan sebelum bulan puasa.

Kesimpulannya, Khairul berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.

It’s been a long journey and i’m happy and grateful to be where i am today. this is for you mama and abah, thank you for believing me to pursue my passion.

Khairul Amin.

Nota untuk semua:


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd