Now Reading
[Video] Wartawan BBC Tinjau Keadaan ‘Bandar Berhantu’ Di Forest City, Johor

[Video] Wartawan BBC Tinjau Keadaan ‘Bandar Berhantu’ Di Forest City, Johor

Difahamkan, hanya 1% sahaja daripada pembangunan di Forest City, Johor yang didiami oleh penduduk.

forest city johor bandar berhantu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Forest City di Iskandar Puteri, Johor adalah satu projek futuristik dilancarkan pada tahun 2016 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina di atas empat pulau buatan.

Lokasi ini dibina berhampiran Singapura dengan tempoh perjalanan hanya mengambil masa satu jam sahaja.

Projek ini turut mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai RM413.77 bilion pada awal pembinaanya dan berpotensi untuk menempatkan sehingga 1,000,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada tahun 2035.

Walau bagaimanapun, Projek Mega Forest City ini pernah dilabel sebagai salah satu ‘Projek Mega Paling Tak Berguna Di Dunia’.

Baca Artikel Berkaitan: Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia


Wartawan BBC Dedah Keadaan Sebenar Di Forest City, Johor

Menerusi satu hantaran video dimuat naik di laman Instagram (@bbcnews), seorang wartawan dari BBC News iaitu Nick Marsh telah dihantar ke Forest City yang turut dikenali sebagai ‘Bandar Berhantu’ oleh penduduk tempatan sekitar Johor.

Nick juga telah memasuki sebuah premis yang dilihat sangat gelap dan menyeramkan meskipun waktu pada ketika itu masih tengah hari.

Di sini adalah Bandar Berhantu yang terletak di selatan Malaysia iaitu Forest City. Lokasi ini sepatutnya menjadi sebuah pulau mewah bernilai billion ringgit tetapi malangnya tiada sesiapa di sini.

Wartawan BBC News, Nick Marsh.

Jika dilihat dalam video terbabit, lampu juga dihidupkan secara tiba-tiba semasa Nick memasuki sebuah premis bersama beg bagasinya.

Pada masa yang sama, Nick bersama juruvideo meninjau satu lokasi dipercayai tempat untuk sebuah restoran.

Difahamkan, hanya 1% sahaja daripada pembangunan di Forest City yang didiami oleh penduduk.


BBC News Sempat Temu Bual Bersama Bekas Penduduk Di Forest City

BBC News juga sempat menemu bual seorang bekas penduduk di Forest City iaitu seorang jurutera IT berusia 30 tahun dikenali sebagai Nazmi Hanafiah.

Lelaki ini menceritakan dia telah berpindah ke Forest City dengan menyewa kediaman memiliki satu bilik di sebuah bangunan yang menghadap ke arah laut.

Bekas penduduk Forest City, Nazmi Hanafiah. (Sumber: BBC News)

Namun selepas enam bulan, Nazmi mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan tersebut kerana terlalu sunyi dan merasakan seolah-olah dia hanya hidup bersama pemikirannya sahaja.

Nazmi turut menyifatkan keadaan di bandar tersebut agak menakutkan.

Saya tak kisah tentang deposit. Saya tak kisah tentang duit saya. Saya cuma nak keluar dari sini. Waktu saya datang sini balik, bulu roma saya terus meremang. Di sini memang sunyi sangat. Cuma ada anda dan fikiran sendiri.

Bekas penduduk Forest City, Nazmi Hanafiah.
Penduduk Forest City, Joanne Kaur. (Sumber: BBC News)

Seorang lagi penduduk yang sempat ditemu bual oleh BBC News adalah wanita bernama Joanne Kaur yang menyewa di sebuah bangunan pada tingkat 28 bersama suaminya.

Joanne juga meluahkan hasratnya untuk berpindah keluar dari Forest City secepat yang mungkin.

Saya bersimpati dengan mereka yang betul-betul berminat dan membeli hartanah di sini. Kalau anda buat carian di Google tentang Forest City, ia tidak sama seperti apa yang anda lihat hari ini.

Penduduk Forest City, Joanne Kaur.

Kepada anda yang ingin melihat video penuh, boleh klik video di bawah.


Forest City, Johor

Projek ini pada mulanya berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancaran.

Ia juga telah menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah di sana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Nama projek Forest City ini juga pernah menjadi bualan apabila sebuah saluran di YouTube iaitu Top Luxury yang telah menyenaraikan projek Forest City sebagai salah satu daripada lima projek mega paling tidak berguna di dunia.

Top Luxury menerusi video tersebut juga menjelaskan bahawa projek ini juga disifatkan semakin tidak menentu apabila pemaju iaitu County Garden pada beberapa tahun lalu mula melaksanakan pemberhentian pekerja seramai 1,000 orang dengan memberikan petanda terhadap kemerosotan pada perancangan projek tersebut.

Sumber: BBC News

Memandangkan projek ini mendapat pembiayaan oleh China, rakyat China akan diberikan kelebihan untuk memiliki kediaman di Forest City dan mendakwa hampir 80% dari pemilik di kawasan ini pada tahun 2019 adalah terdiri dari warga China disebabkan harga yang terlalu mahal untuk dimiliki rakyat tempatan.

Bukan itu sahaja, sebahagian nama jalan dan papan tanda di sini juga ditulis di dalam Bahasa Cina.

Baca Artikel Berkaitan: Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Dilabel ‘Projek Mega Paling Tak Berguna Di Dunia’, Forest City Kini Diumum Sebagai Zon Kewangan Khas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd