Now Reading
Pernah Dilabel ‘Projek Mega Paling Tak Berguna Di Dunia’, Forest City Kini Diumum Sebagai Zon Kewangan Khas

Pernah Dilabel ‘Projek Mega Paling Tak Berguna Di Dunia’, Forest City Kini Diumum Sebagai Zon Kewangan Khas

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak IIB menjelaskan bahawa Johor akan sentiasa menjadi destinasi kompetitif untuk pelaburan dan projek pembangunan IIB di Rantau ini adalah bukti naratif mereka.

forest city johor

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Iskandar Investment Berhad (IIB) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang status Forest City sebagai Zon Kewangan Khas.

Inisiatif Kerajaan ini merupakan langkah strategik bagi meningkatkan pelaburan asing dan pada masa sama merangsang pertumbuhan ekonomi di Iskandar Malaysia.

IIB menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa, “Sebagai pemangkin utama dan pemaju strategik bagi Flagship B koridor ekonomi Iskandar Malaysia, termasuk Medini dan EduCity, IIB percaya bahawa status Zon Kewangan Khas Forest City akan mencipta peluang pelaburan selain daripada memberikan dorongan besar kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

“Kedudukan Medini yang berhampiran dengan Forest City memberi peluang yang ideal untuk kami mencapai visi membina sebuah metropolis masa hadapan yang inklusif dan mampan melalui kerjasama yang berterusan, mengenalpasti peluang serta menjadi pelengkap kepada cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.”

Mengulas lanjut, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB berkata, sementara maklumat komprehensif mengenai rangka kerja Zon Ekonomi Johor-Singapura dan Zon Kewangan Bebas diperolehi, IIB kekal komited dan akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyelaraskan pembangunan Iskandar Puteri dengan pelbagai manfaat lanjutan status Forest City tersebut.

Komitmen kami untuk turut serta memastikan kejayaan negeri Johor kekal teguh, dan kami percaya bahawa melalui penyelarasan usahasama, kita dapat mencipta persekitaran yang merangsang kemakmuran ekonomi dan pertumbuhan mampan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim.

Kedudukan Strategik

Menerusi kenyataan sama, pihak IIB juga menjelaskan bahawa Johor akan sentiasa menjadi destinasi kompetitif untuk pelaburan dan projek pembangunan IIB di Rantau ini adalah bukti naratif mereka.

Manakala, dengan infrastruktur yang kukuh, kemudahan pengangkutan yang pelbagai serta kedudukan strategik yang meletakkan mereka hanya 15 minit dari Forest City dan hanya 20 minit ke Singapura, IIB bersedia untuk memanfaatkan peluang daripada Zon Kewangan Khas ini.

IIB terus berazam untuk menyumbang kepada pertumbuhan berterusan ekonomi Johor, menarik pelaburan, memupuk inovasi, dan mencipta ekosistem yang berkembang yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan juga serantau.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim.

Forest City Johor Pernah Dilabel Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Untuk rekod, Projek Mega iaitu Forest City di Johor merupakan satu projek futuristik mewah dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina di atas empat pulau buatan dan terletak berdekatan dengan Singapura iaitu satu jam perjalanan.

Projek yang mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai AS$100 bilion (RM413.77 bilion) ini pada awal pembinaanya dijangka berpotensi menempatkan sehingga 700,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada tahun 2035 nanti.

Projek ini pada mulanya berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancaran.

Ia juga telah menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah di sana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Nama projek Forest City ini juga pernah menjadi bualan apabila sebuah saluran di YouTube iaitu Top Luxury telah menyenaraikan projek berkenaan sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.

Mereka merumuskan bahawa projek ini walaupun sudah disuntik dengan berbilion dolar, ia tidak mampu mengubahnya daripada menjadi salah satu projek mega yang tidak berguna di dunia buat masa ini.

Baca Artikel Berkaitan: Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Tonton video penuh oleh Top Luxury di bawah:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd