Now Reading
[Video] Tindakan Shahrol Shiro Bantu Warga Emas Terbabas Ketika Hujan Lebat Raih Pujian

[Video] Tindakan Shahrol Shiro Bantu Warga Emas Terbabas Ketika Hujan Lebat Raih Pujian

Shahrol bukan setakat membantu tetapi menunggu sehingga urusan ‘towing’ kereta selesai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, kita seharusnya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

Mana tahu apabila giliran kita pula ditimpa musibah, ada insan baik yang akan menolong kita?

Namun begitu, tiada apa perlu dirisaukan kerana rakyat di Malaysia dikenali dengan sikap mereka yang suka menolong orang lain tidak kiralah golongan muda mahupun tua.


Shahrol Shiro Bantu Warga Emas Terbabas Di Jalan Raya

Seperti semalam (23 November), bekas pelawak dari kumpulan Shiro, Shahrol Azizie Azmi telah berkongsi satu hantaran di akaun Instagram (@shahrol_shiro) menyaksikan dirinya sedang membantu sepasang suami isteri warga emas yang terbabas di jalan raya.

Katanya, dia terlihat sebelah tayar kereta yang dipandu oleh si suami telah termasuk ke dalam parit ketika cuaca hujan lebat.

Apabila dia mendekati kereta itu, Shahrol berkata bahawa mereka masih kelihatan terkejut dengan insiden kemalangan tersebut.

“Saya minta mereka bertenang dan duduk di dalam kereta saya dahulu,” ujarnya dalam hantaran sama.

Jika dilihat daripada klip video, beberapa orang awam lain turut bersama-sama membantu makcik berkenaan untuk keluar daripada kenderaan dan membawanya ke tempat yang selamat.

Malah, Shahrol juga telah menunggu sehingga kesemua urusan di tempat kejadian selesai termasuklah kerja-kerja menunda kereta yang terbabas.

Sumber: Instagram (@shahrol_shiro)

Netizen Puji Sikap Shahrol Yang Bantu Mangsa Ketika Hujan Lebat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada Shahrol kerana sudi membantu pasangan warga emas meskipun dalam cuaca sedemikian.

“Alhamdulillah, terima kasih hamba Allah SWT. Contoh yang baik buat manusia” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang dilihat mendoakan Shahrol kerana sudi membantu mangsa kemalangan tersebut.

“Semoga Allah SWT melindungi Shahrol sekeluarga dengan kebaikan yang telah dilakukan,” kata seorang wanita.

Bukan itu sahaja, seorang individu telah menasihati orang ramai agar tidak membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk memandu bersendirian bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Jika mak ayah dah berusia, seboleh mungkin jangan beri mereka bawa kereta sendiri. Kudrat orang tua tidak sama dengan golongan muda. Tolonglah korang jadi anak yang prihatin,” jelas seorang pengguna laman Instagram.

Sumber: Instagram (@shahrol_shiro)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Jadi Orang Baik’- Netizen Puji Geng Anak Muda Tolong Nenek Naik LRT Jam 5:30 Pagi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd