Now Reading
Israel Sebar Propaganda Dakwa Utara Gaza Sudah ‘Kosong’, Tapi Masih Giat Bom Lagi 9,000 Penduduk Di Sana

Israel Sebar Propaganda Dakwa Utara Gaza Sudah ‘Kosong’, Tapi Masih Giat Bom Lagi 9,000 Penduduk Di Sana

Israel didakwa sengaja menyebarkan propaganda menyatakan bahawa utara Gaza sudah tidak berpenghuni kepada seluruh dunia bagi membolehkan mereka meneruskan serangan bom kepada rakyat Palestin.

palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun mendapat tentangan dari masyarakat seluruh dunia, namun tindakan kejam oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin masih tiada noktah sehingga ke hari ini (21 November).

Serangan demi serangan dilancarkan tanpa rasa simpati demi membentuk kawasan haram Israel yang diinginkan walaupun perlu membunuh kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Lebih kejam lagi, tentera rejim Zionis turut membedil hospital yang menempatkan pesakit serta menjadi tempat perlindungan.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban


Warga Palestin Dedah Israel Perdaya Seluruh Dunia Tentang Kawasan Utara Gaza Yang Sudah ‘Kosong’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (@Ummairah Hanapiah), wanita ini menceritakan semula suasana yang berlaku di utara Gaza ketika ia dikongsikan di siaran live selebriti tempatan, Que Haidar.

Dalam live tersebut, seorang rakyat Palestin dikenali Ahmad berusia 16 tahun mendedahkan bahawa Israel mendakwa kawasan utara Gaza sudah dikosongkan. Hakikatnya, masih ada 9,000 penduduk yang berada di sana.

Kosong tu cuma propaganda, then Zionis Israel boleh bebas bom sana sini dekat sana sebab satu dunia kononnya tahu Utara Gaza kosong. Memang kejam lidah Zionis ni. Propaganda after propganda.

Pengguna Facebook.
Sumber: Instagram Motaz Azaiza

Semasa siaran live di TikTok itu juga, jelas kedengaran bunyi bom yang berlaku di utara Gaza. Namun, Ahmad tidak gentar malah masih boleh meneruskan siaran live.

Sebelum letupan berlaku, kedengaran bunyi drone berada di sekitar kawasan berhampiran Ahmad.

Situasi yang berlaku sangat mengejutkan kerana letupan yang berlaku selepas itu dipercayai berpunca dari drone yang digelar sebagai ‘Drone Kamikaze’.

Ahmad kata Israel hantar drone tu untuk pantau penduduk di sana, tengok kalau ada penduduk di luar rumah, kalau nampak kelibat orang, drone tu akan automatik meletup dan terkena pada penduduk berhampiran. Ya benda tu wujud. Ahmad ada tunjuk juga waktu live.

Pengguna Facebook.

Meskipun letupan berlaku tanpa henti, Ahmad sekeluarga tidak henti mengucapkan kalimah suci kepada Allah SWT.


Netizen Kagum Dengan Kekuatan Penduduk Palestin

Pendedahan yang dilakukan itu membuatkan ramai netizen mahu berkongsi perkara itu dengan lebih meluas di media sosial.

Semasa menonton video siaran live tersebut yang dimuat naik di bahagian komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak kecil di sana.

Pada masa sama, mereka turut mengagumi kekuatan dan keberanian rakyat Palestin dalam mempertahankan negara mereka walaupun diserang serta dibunuh dengan kejam oleh Israel.

Sementara itu, mereka turut mendoakan agar rakyat Palestin terus kuat menghadapi peperangan ini dan berharap agar gencatan senjata segera dilakukan bagi menghentikan serangan.

Sumber: Facebook

Perkembangan Terkini Tentang Peperangan Di Palestin

Sejak serangan balas oleh tentara Israel terhadap Palestin sehingga hari ini (21 November), lebih 13,300 rakyat Gaza telah terkorban.

Selain itu, banyak hospital juga turut musnah dan menyebabkan banyak pembedahan terpaksa dilakukan dengan hanya menggunakan lampu telefon bimbit.

Memetik sumber Al-Jazeera, bayi-bayi pramatang yang dilahirkan juga berjaya diselamatkan dan dikeluarkan dari Hospital al-Shifa dan kini sudah tiba di Mesir.

Baca Artikel Berkaitan: Menceroboh, Bunuh, Doa Kecelakaan Nabi & 3 Lagi Perangai Buruk Yahudi Dalam Al-Quran Serta Hadis

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dakwa Israel Miliki ‘Skin Bank’, Ambil Kulit Dari Mayat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd