Now Reading
Uyaina Arshad Dakwa Israel Miliki ‘Skin Bank’, Ambil Kulit Dari Mayat Rakyat Palestin

Uyaina Arshad Dakwa Israel Miliki ‘Skin Bank’, Ambil Kulit Dari Mayat Rakyat Palestin

Uyaina membongkarkan tentang Skin Bank milik Israel dan ia dikaitkan dengan jenayah mencuri organ dari rakyat Palestin yang telah dibunuh.

israel skin bank

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penindasan tentera Israel terhadap masyarakat Palestin semakin hari semakin tidak berperikemanusiaan.

Konflik sebenarnya tidak bermula dari 7 Oktober lalu, tetapi rejim Zionis ini telah menzalimi mereka selama 75 tahun sejak tahun 1948 melalui peristiwa Nakba, di mana rakyat Palestin telah diusir dari negara mereka sendiri.

Kekejaman tentera laknatullah kepada rakyat Palestin bukan sahaja sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, malah mayat para syuhada juga diseksa tanpa rasa simpati.


Uyaina Arshad Bongkar Tentang ‘Skin Bank’ Milik Israel

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon wanita tempatan Uyaina Arshad telah mendedahkan satu perkara yang sangat mengejutkan orang ramai melibatkan kejahatan dilakukan oleh pihak Israel terhadap rakyat Palestin.

Menerusi bebenang yang dimuat naik di laman X (Twitter @UyainaArshad), Uyaina membongkarkan tentang Skin Bank yang dimiliki oleh Israel dan ia dikaitkan dengan jenayah mencuri organ dari rakyat Palestin yang telah dibunuh.

Kekejaman Israel itu didedahkan berdasarkan beberapa sumber seperti:

#1. Artikel Terbitan The Guardian

Jelas Uyaina, sebuah artikel bertajuk ‘Doctor admits Israeli pathologists harvested organs without consent‘ yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Donald Boström pada tahun 2009 dan diterbitkan di laman The Guardian telah ‘membocorkan’ rahsia kegiatan Israel ini.

Walau bagaimanapun, Israel telah menafikan jenayah berkenaan dan berkata bahawa wartawan serta Sweden sebagai negara anti-semitik atau mendiskriminasi Yahudi.

And of course, Isnotreal sangkal, deny dan cakap wartawan serta Sweden sendiri sebagai negara ‘anti-semitic’. Sedangkan depa punya head of forensic institute sendiri yang testified to this claim. You nak tipu siapa?

Uyaina Arshad.
Sumber: The Guardian/ Anas Al Sharif
#2. Dokumentari Israel’s Skin Bank; Uncovering the Truth, Just like the Nazis -Skin Bank of Israel

Dalam sebuah dokumentari Israel’s Skin Bank; Uncovering the Truth, Just like the Nazis -Skin Bank of Israel, laporan tersebut menjelaskan bahawa Skin Bank dibuat khas untuk tentera mereka.

Uyaina berkata bahawa dokumentari berkenaan menunjukkan bahawa kulit-kulit yang mereka miliki itu tidak diambil dari tentera Israel, namun dari ‘others’.

Dan dalam interview ni, perempuan ni mengaku yang dorang ambik kulit ni dari bukan sahaja orang Palestin, tetapi refugees dan foreigners. Secara spesifiknya dari mayat yang tidak dikenal pasti dan tidak melepasi bedah siasat.

Uyaina Arshad.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa mereka tidak ambil sendiri kulit dari tentera Israel?

Uyaina memberitahu bahawa masyarakat Israel yang menganut agama Yahudi (Judaism) perlu ditanam ke dalam tanah dengan lengkap apabila sudah meninggal dunia.

Tak boleh ada organ yang missing. Sebab tu, dorang jaga mayat tentera dorang. Dan kulit-kulit tu dorang ambik dari bangsa yang paling dorang benci; Palestin.

Uyaina Arshad.
Sumber gambar: TikTok
#3. Buku bertajuk ‘On Their Dead Bodies’

Pendedahan yang dilakukan oleh Uyaina ini juga disertakan sekali bersama fakta dari sebuah buku bertajuk On Their Dead Bodies’ yang ditulis oleh seorang doktor Israel bernama Dr Meira Weiss.

Doktor itu mengakui jenayah yang mereka lakukan dan menceritakan prosesnya.

Dr Meira Weiss tahu sebab dari tahun 1996 sampai tahun 2002, dia kerja dekat Abu Kabir Institute of Forensic Medicine di Tel Aviv. Lebih mengerikan Dr Weiss cakap dorang bukan sahaja ambil kulit, quoting her own words; ‘They would take corneas, skin, and heart valves, while nothing that non-professionals would not notice the absence of these organs as they would place something plastic in place of the corneas and take the skin from the back so that the family wouldn’t see it.’

Uyaina Arshad.

Kekejaman terhadap mayat warga Palestin ini dilakukan tanpa mendapat persetujuan dari ahli keluarga para syuhada.

Dah lah bunuh tanpa belas kasihan, lepas tu korek mata jenazah, ambik kornea, siat dan potong kulit jenazah, simpan dalam bank untuk kegunaan askar dorang, tebuk badan jenazah, curi organ-organ dalaman mereka lepas tu jual. Apa yang lebih kejam dari ini?!

Uyaina Arshad.

Bukan itu sahaja, mayat rakyat Palestin yang telah dibunuh akan disimpan di dalam peti ais beku dengan suhu -40 darjah Celcius.

Kalau dibayangkan, tindakan Israel ini cukup kejam dan tidak berhati perut. Namun, masih tiada undang-undang berat yang dikenakan kepada mereka.

“Mesti korang tanya benda ni tak langgar undang-undang ke? Gila tak langgar. Atau soalan yang lebih tepat lagi, undang-undang apa je yang Isnotreal tak langgar?!”, kata Uyaina.

Di akhir ciapan, Uyaina bertanya semula kepada orang ramai sama ada masih ada lagi pihak yang menyokong Israel selepas pendedahkan ini.


Macam Mana Cara Untuk Gesa Genjatan Senjata Di Palestin?

Sebagai rakyat Malaysia, anda juga boleh mengambil tindakan efektif bagi membantu gesaan ini dengan cara menghubungi duta PBB yang mewakili Malaysia.

Apa yang anda perlu buat ketika menghubungi mereka adalah untuk menggesa Perhimpunan Agung Kecemasan PBB (Emergency UN General Assembly) di bawah Uniting for Peace Resolution bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Langkah-langkah untuk menghubungi duta PBB Malaysia adalah seperti berikut:

#1. Menelefon atau menghantar e-mel kepada Pejabat PBB
  • Alamat: Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tingkat 10 Menara PjH, 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya, Malaysia.
  • No telefon: +(603) 8689 6000
  • Faks: +(603) 8889 1717/2816
  • E-mel: rco.my@un.org
#2. Menelefon atau menghantar e-mel kepada Kementerian Luar Negeri
  • Alamat: Wisma Putra – Kementerian Luar Negeri Malaysia, No. 1, Jalan Wisma Putra Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 Putrajaya, Malaysia.
  • No telefon: +(603) 8000 8000
  • Faks: +(603) 8889 1717/2816
  • E-mel: pro.ukk@kln.gov.my
#3. Menghantar ciapan di X (Twitter)

Pengguna X (Twitter) boleh menghantar ciapan dengan menyebut akaun PBB Malaysia dan Kementerian Luar Negeri di @MYNewYorkUN1 @MalaysiaMFA

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Template & Cara Untuk Rakyat Malaysia Gesa Genjatan Senjata Di Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Nak Hidup Macam Kanak-kanak Lain” – Anak Muda Gaza Anjur Sidang Akhbar Tuntut Keamanan Negara

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Tempatan Jadi Pilihan Rakyat Malaysia Sebagai Alternatif Untuk Produk Antarabangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd