Now Reading
Jenama Tempatan Jadi Pilihan Rakyat Malaysia Sebagai Alternatif Untuk Produk Antarabangsa

Jenama Tempatan Jadi Pilihan Rakyat Malaysia Sebagai Alternatif Untuk Produk Antarabangsa

Antara faktor penting yang mendorong kepada peralihan kepada jenama tempatan adalah konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Hajibee mencetuskan perbincangan untuk mempromosikan jenama dan pemilikan tempatan di Malaysia.

Pengguna media sosial tersebut mencadangkan agar penggunaan jenama antarabangsa terutamanya yang berada di bawah syarikat antarabangsa digantikan dengan produk 100% jenama serta pemilikan tempatan.

Cadangan berkenaan mendapat perhatian ramai kerana ia menonjolkan potensi yang boleh memberi manfaat berikutan peralihan itu.

Selain itu, hantaran tersebut mencadangkan beberapa langkah kreatif bagi mengubah jenama asing yang terkenal kepada alternatif tempatan.

Sebagai contoh, huruf M’ boleh diterbalikkan kepada W’ serta boleh menghasilkan nama yang menarik seperti ‘Big Wak’ dan bukannya ‘Big Mac’ dan menukarkan menu ‘Wak Chicken’ dan kepada ‘McChicken.’

Pendekatan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengelakkan mereka daripada perlu membayar royalti serta membina premis baru.

Walau bagaimanapun, Hajibee menegaskan bahawa cadangan tersebut adalah sebuah ilustrasi menggunakan nama fiksyen sebagai contoh.

Ini kerana mesej asas utama adalah untuk mengajak lebih ramai rakyat Malaysia bagi meneroka alternatif kepada jenama luar negara.

Antara faktor penting yang mendorong kepada sentimen ini adalah konflik berterusan yang berlaku antara Palestin dan Israel.

Sejak peperangan berlaku, rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menyokong perjuangan Palestin telah aktif memboikot jenama Israel dan Amerika Syarikat.


Kelebihan Dan Kesan Penggunaan Jenama Tempatan

Langkah untuk memboikot ini berfungsi sebagai tanda solidariti terhadap Palestin dan membantah dasar Israel yang dianggap tidak adil.

Hasil daripada langkah boikot ini, jenama tempatan seperti Marrybrown dan Richiamo Coffee telah mendapat pengiktirafan serta sokongan daripada masyarakat bagi mempromosikan perniagaan rakyat Malaysia.

Walaupun hantaran berkenaan telah mencetuskan perbincangan tentang potensi dan manfaat dalam mempromosikan penjenamaan serta pemilikan tempatan, namun ianya hanyalah berdasarkan dari satu perspektif sahaja.

Kerumitan dalam perdagangan global, hak harta intelek dan keutamaan pengguna masih perlu dipertimbangkan.

Di saat rakyat Malaysia sedang meneroka alternatif dan menyuarakan sokongan mereka terhadap jenama tempatan, ia secara tidak langsung membentuk kepelbagaian pilihan dan corak perubahan dalam perniagaan tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: OldTown White Coffee Faces Renewed Boycott Amidst Allegations Of Political Indifference

Pada masa yang sama, langkah memboikot ini telah mula menunjukkan kesan selepas beberapa cawangan perniagaan antarabangsa terpaksa ditutup.

Selain itu, harga saham perniagaan jenama antarabangsa turut menunjukkan penurunan yang ketara di seluruh dunia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd