Now Reading
Wanita Kongsi Template & Cara Untuk Rakyat Malaysia Gesa Genjatan Senjata Di Palestin

Wanita Kongsi Template & Cara Untuk Rakyat Malaysia Gesa Genjatan Senjata Di Palestin

Jika PBB mengadakan mesyuarat kecemasan, maka mereka kini hanya memerlukan sokongan majoriti 2/3 bagi menjayakan rancangan tersebut

Kem-pelarian-Jabalia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penindasan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap masyarakat Palestin telah mendapat tentangan masyarakat di seluruh dunia terutamanya negara-negara Islam seperti Turki, Indonesia dan Malaysia.

Selain itu, penduduk negara-negara barat yang cakna juga aktif melakukan perhimpunan aman bagi membantah tindakan kejam rejim Zionis.

Ramai pihak turut menggesa agar genjatan senjata dilakukan serta merta bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai melibatkan rakyat Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Tempatan Jadi Pilihan Rakyat Malaysia Sebagai Alternatif Untuk Produk Antarabangsa

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Tanda Solidariti Palestin, Tak Sangka Hasil Berniaga Nasi Lemak Raih Sambutan


Ini Tindakan Yang Boleh Dilakukan Oleh Rakyat Malaysia Untuk Gesa Genjatan Senjata Di Palestin

Menerusi hantaran dimuat naik semula di laman Instagram (@mufidamusa), wanita ini menjelaskan ketika ini cubaan mengadakan genjatan senjata menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Council) tidak berhasil kerana dihalang oleh kuasa veto oleh Amerika Syarikat.

Namun, dia menjelaskan terdapat langkah mudah dan efektif untuk membolehkan seseorang menggesa genjatan senjata di Palestin.

Caranya ialah ahli PBB boleh menggesa Perhimpunan Agung Kecemasan PBB (Emergency UN General Assembly) di bawah Uniting for Peace Resolution.

Sebelum ini, Uniting for Peace Resolution telah diperkenalkan untuk menghentikan Rusia daripada menggunakan kuasa veto terhadap Majlis Keselamatan PBB.

Idea yang sama ini boleh dilakukan bagi menggesa genjatan senjata di Gaza.

Jika PBB mengadakan mesyuarat kecemasan, maka mereka kini hanya memerlukan sokongan majoriti 2/3 bagi menjayakan rancangan tersebut. Jelas wanita berkenaan, ianya tidak pun mustahil memandangkan majoriti ahli PBB seramai 120 buah negara telah bersetuju untuk menggesa genjatan senjata pada hujung Oktober lalu.

Sumber: X (Twitter)/ Pexels

Cara Untuk Menghubungi Duta PBB Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, anda juga boleh mengambil tindakan efektif bagi membantu gesaan ini dengan cara menghubungi duta PBB yang mewakili Malaysia.

Apa yang anda perlu buat ketika menghubungi mereka adalah untuk menggesa Perhimpunan Agung Kecemasan PBB (Emergency UN General Assembly) di bawah Uniting for Peace Resolution bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Langkah-langkah untuk menghubungi duta PBB Malaysia adalah seperti berikut:

#1. Menelefon atau menghantar e-mel kepada Pejabat PBB
  • Alamat: Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tingkat 10 Menara PjH, 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya, Malaysia.
  • No telefon: +(603) 8689 6000
  • Faks: +(603) 8889 1717/2816
  • E-mel: rco.my@un.org
#2. Menelefon atau menghantar e-mel kepada Kementerian Luar Negeri
  • Alamat: Wisma Putra – Kementerian Luar Negeri Malaysia, No. 1, Jalan Wisma Putra Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 Putrajaya, Malaysia.
  • No telefon: +(603) 8000 8000
  • Faks: +(603) 8889 1717/2816
  • E-mel: pro.ukk@kln.gov.my
#3. Menghantar ciapan di X (Twitter)

Pengguna X (Twitter) boleh menghantar ciapan dengan menyebut akaun PBB Malaysia dan Kementerian Luar Negeri di @MYNewYorkUN1 @MalaysiaMFA


Template E-mel Untuk Dihantar Ke Perhimpunan Agung Tergempar PBB

Perkara: Gesaan untuk Duta Besar PBB Malaysia bagi memanggil Perhimpunan Agung Tergempar PBB segera di bawah Uniting for Peace Resolution

Yang dihormati (Nama penerima),

Nama saya ___________, warga Malaysia yang amat prihatin dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza.

Beribu-ribu orang awam yang tidak berdosa, separuh daripadanya kanak-kanak, telah dibunuh ekoran tindakan pengeboman berterusan sejak 4 minggu lalu dalam tindakan yang boleh dikategorikan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Air, elektrik serta bantuan telah terputus dan orang ramai tidak dapat meninggalkan Gaza sementara bom terus menghujani mereka.

Kerajaan sayap kanan Netanyahu melakukan jenayah perang dan saya amat marah kerana Majlis Keselamatan PBB dihalang oleh kuasa veto Amerika Syarikat.

Akibatnya Majlis Keselamatan PBB tidak dapat berfungsi dengan baik dan membawa keamanan.

Saya diilhamkan oleh gerakan Uplifting Ireland yang mencadangkan agar membawa tindakan genjatan senjata di Gaza. Pada masa ini, majlis keselamatan PBB disekat oleh veto Amerika Syarikat.

Daripada cadangan Uplifting Ireland, saya faham apabila majlis keselamatan PBB disekat oleh kuasa veto, mana-mana negara anggota PBB boleh memanggil Perhimpunan Agung PBB Tergempar di bawah Uniting for Peace Resolution.

Seperti yang kita sedia maklum, Uniting for Peace Resolution telah diperkenalkan untuk menghalang Rusia daripada memveto majlis keselamatan PBB. Idea sekarang adalah menggunakannya untuk membawa genjatan senjata ke Gaza.

Uniting for Peace Resolution boleh ditegakkan oleh angkatan tentera sebagai pilihan terakhir jika mana-mana pihak enggan mematuhi genjatan senjata. Ini bermakna Israel tidak boleh mengabaikan retorik PBB seperti yang dilakukan selama ini.

Seperti yang kita dimaklumkan, sebaik sahaja Perhimpunan Agung PBB dipanggil di bawah Uniting for Peace Resolution, kita hanya memerlukan 2/3 majoriti. Kita sudah melihat bahawa majoriti negara menyokong genjatan senjata. Oleh itu situasi ini dilihat mempunyai peluang besar untuk memperoleh kemenangan.

Maklum balas awam secara jelas menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dan di seluruh dunia, menolak jenayah ini dan tidak akan berdiam diri. Sebagai wakil kita di PBB, adalah menjadi tugas mereka untuk mewakili kedudukan negara di PBB.

Majlis Keselamatan PBB telah terbukti tidak mampu membawa keamanan. Untuk menghentikan pengeboman dan kebuluran yang tidak perlu ke atas orang awam yang tidak berdosa yang tidak terkira banyaknya di Gaza, anda mesti menuntut Duta Besar Malaysia PBB menyeru agar Perhimpunan Agung Tergempar PBB segera di bawah Uniting for Peace Resolution.

Ribuan terima kasih atas masa, perhatian dan usaha anda dalam perkara kritikal ini.

Selamat sejahtera,

(Nama pemberi)

Jika anda inginkan template versi bahasa Inggeris, boleh klik [DI SINI].

Sama-sama kita mendoakan agar genjatan senjata di Gaza dapat dilancarkan dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd