Now Reading
Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Tanda Solidariti Palestin, Tak Sangka Hasil Berniaga Nasi Lemak Raih Sambutan

Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Tanda Solidariti Palestin, Tak Sangka Hasil Berniaga Nasi Lemak Raih Sambutan

Jualan Nasi Lemak itu juga pernah habis dijual kira-kira 100 bungkusan dalam tempoh kurang daripada 40 minit.

resign kerja sokong palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pergolakan yang berlaku di Palestin membuatkan masyarakat seluruh dunia terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh tentera Israel.

Susulan itu, banyak pihak yang turut serta dalam solidariti atau perhimpunan aman bagi membantah peperangan yang paling ganas dalam sejarah ini bagi kedua-dua belah pihak.

Selain menyertai perhimpunan solidariti, ada juga yang menunjukkan sokongan mereka dengan memboikot jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Artikel Berkaitan: [PENDAPAT] Boikot Atas Dasar Yang Betul

Artikel Berkaitan: Jika Ingin Boikot Produk Dari Israel, Pastikan Anda Guna Cara Yang Betul & Efektif


Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Sebagai Tanda Solidariti Kepada Palestin

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@shcateringmelaka), seorang isteri menceritakan bahawa suaminya yang sebelum ini bekerja di restoran makanan segera mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai tanda solidariti kepada perjuangan Palestin.

Untuk membolehkan suaminya terus menyara keluarga, dia telah menjual nasi lemak di tepi jalan dengan harga RM2 untuk sebungkus.

Namun siapa sangka, perniagaan mereka yang di sekitar Taman Alai Indah, Melaka itu mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari orang ramai.

https://www.tiktok.com/@shcateringmelaka/video/7293773179175079169

Hantaran yang dimuat naik oleh si isteri di laman Facebook turut memaklumkan bahawa jualan mereka pada 28 Oktober lalu ‘laku keras’ kerana hampir 100 bungkusan Nasi Lemak habis terjual dalam tempoh kurang dari 40 minit.

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah mendapat tempahan daripada pelanggan sehingga 800 bungkus Nasi Lemak untuk diinfakkan.

Hari pertama niaga dapat jual 5 bungkus. Hari kedua jual 21 bungkus. Hari ketiga video FYP di TikTok. Ya Allah ramainya orang-orang baik. Order masuk untuk infaq sahaja hampir 800 bungkus. Alhamdulillahh

Shafiya Lyanis.

Dalam keadaan masih terkejut dengan sambutan orang ramai, wanita ini berterima kasih kepada sokongan serta doa yang diberikan kepada mereka.


Netizen Mendoakan Agar Perniagaan Pasangan Ini Berjalan Dengan Lancar

Rata-rata netizen dilihat memuji kekuatan pasangan tersebut untuk memboikot jenama yang dikatakan mempunyai kaitan dengan negara Israel.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar dimurahkan rezeki serta perniagaan Nasi Lemak mereka dipermudahkan dan akan terus mendapat sambutan secara berterusan.

Selain itu, netizen juga yakin dengan rezeki daripada Allah SWT selepas melihat usaha suami isteri berkenaan yang berusaha untuk mencari sumber rezeki yang halal.

Sumber: Facebook

McDonald’s Malaysia Beri Sumbangan RM1 Juta Kepada Rakyat Palestin

McDonald’s Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Oktober lalu, syarikat restoran makanan segera itu mengesahkan bahawa mereka telah memberikan sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada rakyat Palestin.

Dana tersebut baharu sahaja dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri selaras dengan hasrat kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu (13 Oktober).

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia berharap sumbangan yang diberikan menerusi Dana Kemanusiaan Palestin itu dapat memberi sokongan kepada misi bantuan di Gaza dengan memenuhi keperluan kritikal di sana.

Bantuan yang dihulurkan ini termasuklah dari segi tempat tinggal, makanan, perubatan dan bantuan pemindahan jika ia diperlukan oleh pasukan keselamatan.

Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd