Now Reading
Jika Ingin Boikot Produk Dari Israel, Pastikan Anda Guna Cara Yang Betul & Efektif

Jika Ingin Boikot Produk Dari Israel, Pastikan Anda Guna Cara Yang Betul & Efektif

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia menekankan bahawa sebagai syarikat tempatan, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam konflik politik atau agama di mana-mana negara.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Dengan ketegangan yang meningkat antara Israel dan Palestin, memang wajar untuk kita semua berfikir cara untuk membantu mereka yang memerlukan di sana.

Akhir-akhir ini, rakyat Malaysia di media sosial sekali lagi mencadangkan untuk memboikot rangkaian restoran makanan segera: McDonald’s.

Walau bagaimanapun, dalam catatan Facebook, pelawak terkenal Harith Iskander berkata, “Boycotting McDonald’s to “support” Palestinians is as effective as tearing up your blue underwear because you think this will help Liverpool.”

McDonald’s Malaysia tolak dakwaan bantu Israel

McDonald’s Malaysia telah menolak dakwaan memberi apa-apa penyaluran bantuan kepada Israel, dan menyifatkan khabar angin tersebut sebagai pembohongan terang-terangan dan fitnah.

Pengarah Urusan, Azmir Jaafar, menjelaskan bahawa McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya oleh Reza Group Arab Saudi dengan rakan niaga tempatan sejak 2017, di mana ekuiti syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam.

Dia juga menekankan bahawa sebagai syarikat tempatan, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam konflik politik atau agama di mana-mana negara.

McDonald’s Malaysia menyedari tentang mesej WhatsApp yang viral mengenai panggilan boikot pada jenama kami. McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa boikot itu tidak berasas dan kenyataan mengenai jenama yang menyalurkan bantuan kepada Israel adalah pembohongan terang-terangan dan fitnah.

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Penyataan Azmir Jaafar kepada Bernama.
Kredit: BradfordBoycott/Facebook

Jadi, apa patut kita buat sebenarnya?

Boikot Bersasar

Boikot, Divestment, Sanctions (BDS) adalah gerakan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan yang dipimpin oleh Palestin. BDS menegaskan prinsip sederhana bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak yang sama dengan manusia lain.

Kempen BDS yang berkesan adalah berdasarkan kajian yang tepat. Terdapat banyak maklumat dalam talian yang mendakwa bahawa syarikat besar memberikan wang kepada Israel. Kadangkala, khabar angin ini sebenarnya palsu. Contohnya, sebilangan juru kempen meminta untuk boikot Starbucks. Tetapi Starbucks tidak mempunyai kedai di Israel dan secara rasmi mengesahkan bahawa ia tidak menyokong Israel. Syarikat seperti McDonald’s tidak menjadi keutamaan untuk pergerakan BDS pada tahap ini. Kami memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang memainkan peranan yang jelas dan langsung dalam mempertahankan pelanggaran undang-undang antarabangsa Israel dan bahawa kami dapat memberi kesan yang nyata.

Kenyataan Akhbar 2017 dari BDS Malaysia mengenai isu Boikot McDonald’s.
Boikot Tanpa Sasaran vs Sasaran Berfokus pada sebilangan kecil syarikat dan produk.
(Kredit: BDS Movement)

Tahu Apa Perlu Diboikot

Jawatankuasa Nasional BDS Palestin (BNC) menyeru untuk memboikot syarikat Israel dan antarabangsa yang terlibat dalam pelanggaran hak-hak Palestin.

Hampir kesemua syarikat Israel terlibat dalam sistem penjajahan dan apartheid Israel tetapi BNC memfokuskan boikot mereka pada sebilangan kecil produk dan syarikat yang memainkan peranan yang terang dan secara langsung dalam kejahatan Israel untuk memberi kesan maksimum.

Boikot pengguna yang bersasar bertujuan untuk mempengaruhi peruncit di seluruh dunia untuk berhenti menjual produk dari syarikat yang mendapat keuntungan dari kejahatan Israel, malah banyak pengeksport Israel mengadu bahawa mereka semakin sukar untuk mengeksport produk mereka.

Bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu, BDS Malaysia telah menerapkan senarai produk dan syarikat berikut yang disediakan oleh BDS Global Movement untuk tujuan boikot:

Kredit: BDS Malaysia

Sekiranya anda ingin menyumbangkan wang untuk membiayai aktiviti memboikot Israel, anda boleh menghantar wang ke BDS Malaysia di SINI.

Sekiranya anda ingin mengirim wang secara terus bagi membantu rakyat Palestin yang menderita di Gaza, anda harus menghantar wang anda ke MyCARE kerana mereka mempunyai pejabat di sana. Untuk melakukannya, klik SINI.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd