Now Reading
“Kami Nak Hidup Macam Kanak-kanak Lain” – Anak Muda Gaza Anjur Sidang Akhbar Tuntut Keamanan Negara

“Kami Nak Hidup Macam Kanak-kanak Lain” – Anak Muda Gaza Anjur Sidang Akhbar Tuntut Keamanan Negara

Kanak-kanak Palestin tersebut menggunakan bahasa Inggeris dalam ucapan sidang akhbar mereka supaya ia dapat difahami oleh seluruh penduduk dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Media sosial kini dipenuhi dengan pelbagai video dan gambar yang memaparkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sejak serangan balas pada 7 Oktober lalu.

Serangan roket dan bom oleh tentera Israel laknatullah sehingga kini telah meragut lebih 10,000 nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Lebih kejam lagi, penjajah itu telah mensasarkan hospital dan kawasan awam sebagai salah satu lokasi sasaran untuk melakukan pembunuhan melibatkan kanak-kanak, warga emas dan wanita.


Kanak-kanak Palestin Adakan Sidang Akhbar Mohon Keamanan Untuk Negara Mereka

Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter @Shepherds4Good), sekumpulan kanak-kanak Palestin pelbagai lapisan umur melibatkan lelaki dan perempuan telah menyertai satu sidang akhbar khas yang dilakukan oleh mereka.

Ketika sidang berkenaan yang diadakan di luar kawasan Hospital Al Shifa, seorang kanak-kanak lelaki telah membaca sepucuk surat yang mengandungi ucapan mereka dalam bahasa Inggeris.

Difahamkan, mereka menggunakan bahasa Inggeris supaya ucapan mereka difahami oleh seluruh penduduk dunia.

Dalam ucapan tersebut, kanak-kanak itu berkata mereka telah berdepan serangan bom dan pembunuhan beramai-ramai dari tentera Israel sejak dari 7 Oktober lalu.

Tentera Israel buat kami kelaparan dan terpaksa menggunakan sumber air yang tidak bersih untuk meneruskan kehidupan.

Sidang akhbar melibatkan kanak-kanak Palestin.

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga berharap diri mereka dilindungi dan diberikan keamanan serta dapat hidup seperti anak muda yang lain.

Malah, mereka juga menggesa untuk diberikan peluang mendapatkan perubatan, makanan, air dan pendidikan untuk pada masa akan datang.


Netizen Sokong Kenyataan Kanak-kanak Palestin Di Sidang Akhbar

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen selepas melihat video ketika sidang akhbar berkenaan.

Ramai yang mendoakan agar harapan kanak-kanak itu dimakbulkan agar mereka mendapat kemudahan yang diinginkan.

Netizen turut memuji keberanian kanak-kanak tersebut yang tegas dengan pendirian mereka.

Sumber: X (Twitter)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd