Now Reading
Menceroboh, Bunuh, Doa Kecelakaan Nabi & 3 Lagi Perangai Buruk Yahudi Dalam Al-Quran Serta Hadis

Menceroboh, Bunuh, Doa Kecelakaan Nabi & 3 Lagi Perangai Buruk Yahudi Dalam Al-Quran Serta Hadis

Sifat radikal bangsa Yahudi ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman dahulu lagi sebelum adanya Zionisme.

sikap yahudi dalam quran (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang disokong oleh masyarakat seluruh dunia, tentera Israel adalah golongan Yahudi yang cukup kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis tersebut bukan sahaja ditentang oleh negara-negara Islam, malah negara barat turut membantah tindakan mereka yang tanpa henti membedil Palestin.

Melihat kepada serangan mereka terhadap rakyat Palestin sehingga sanggup mengebom hospital dan membunuh kanak-kanak, warga emas dan wanita, tiada alasan kukuh yang dapat menyokong perbuatan kejam mereka itu.


Pembahagian Bangsa Yahudi

Umum sedia maklum, kebanyakan masyarakat Israel adalah berbangsa Yahudi.

Untuk pengetahuan anda, bangsa Yahudi ini terbahagi kepada dua iaitu Judaisme iaitu pengamal ajaran Yahudi yang sebenar dan Zionisme pula komuniti yang memperjuangkan penubuhan negara Israel.

Memetik sumber Harian Metro, Zionisme ini mula wujud sejak 150 tahun dahulu dan penganutnya dipercayai melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran kitab Taurat.

Dalam ajaran kitab Taurat, mereka dikehendaki bertebaran di seluruh muka bumi.


Sikap-sikap Yahudi Yang Dinyatakan Dalam Kitab Suci Al-Quran

Walau bagaimanapun, sifat radikal bangsa Yahudi ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman dahulu lagi sebelum adanya Zionisme.

Sikap buruk yang ditunjukkan oleh bangsa Yahudi ini juga sudah termaktub dalam dalil al-Quran serta hadis.

Sumber: Chaim Goldberg/Flash90

Antara sikap terkutuk bangsa Yahudi yang dinyatakan dalam kitab suci tersebut serta hadis adalah seperti berikut:

#1. Sentiasa Bersikap Keras

Berdasarkan surah Al-Maidah ayat ke-82, Allah SWT berfirman:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةًۭ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةًۭ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَـٰرَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًۭا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani’ yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong’.

#2. Sentiasa Menceroboh Dan Derhaka

Dalam surah al-Baqarah ayat ke-61, Allah SWT berfirman:

وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍۢ وَٰحِدٍۢ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌ ۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًۭا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ

Maksudnya: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

#3. Suka Mendoakan Kecelakaan Nabi Muhammad SAW

Sifat buruk bangsa Yahudi juga banyak direkodkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Menerusi hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Aisyah RA berkata:

“Sekumpulan orang Yahudi pernah datang berjumpa Nabi SAW, lalu mereka berkata dalam nada memberi salam: ‘As-samu ‘alaik (maksudnya, kematian atas kamu)’. Lantas aku pun melaknat mereka. Namun, baginda menegur: ‘Apa kena denganmu?’ Jawabku: ‘Tidakkah kamu dengar apa yang mereka ucapkan?’ Balas baginda: ‘Tidakkah juga kamu dengar apa yang aku ucapkan sebagai membalasnya: Wa’alaikum (maksudnya, juga atas kamu sekalian).'”

#4. Suka berbunuh-bunuhan

Kaum Yahudi sejak zaman dahulu lagi sudah saling berbunuhan dan pernah membuat percubaan untuk membunuh Rasulullah SAW.

Menurut Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW pernah disihir oleh seorang lelaki Yahudi dari Bani Zuraiq iaitu Labid bin al-A’sam sehingga Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu menyembuhkan baginda.

Bahan yang digunakan untuk menyihir baginda dikeluarkan dari telaga Zarwan dan telaga tersebut kemudiannya diperintahkan untuk ditimbus.

Selain itu dalam kejadian lain, Nabi Muhammad SAW juga pernah hampir diracun oleh orang Yahudi menerusi hidangan daging kambing selepas berlakunya Perang Khaibar.

#5. Suka Menggunakan Helah Untuk Melanggar Syariat

Dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim, bangsa Yahudi juga kerap menggunakan helah untuk membolehkan mereka melanggar hukum yang disyariatkan.

Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Semoga Allah melaknat orang Yahudi. Setelah diharamkan ke atas mereka lemak haiwan, maka mereka telah mengolahnya (dengan mencairkannya), lalu menjualnya.” 

Antara helah yang dilakukan oleh mereka adalah ketika berdepan larangan untuk menangkap ikan pada hari Sabtu.

Dalam surah al-A’rah ayat ke-163, Allah SAW berfirman:

وَسْـَٔلْهُمْ عَنِ ٱلْقَرْيَةِ ٱلَّتِى كَانَتْ حَاضِرَةَ ٱلْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِى ٱلسَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًۭا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ ۙ لَا تَأْتِيهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ

Maksudnya: Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.


Berdasarkan ayat-ayat dari kitab suci al-Quran serta hadis Nabi Muhamad SAW, maka jelaslah bahawa bangsa Yahudi ini sudah tersemai dengan isifat radikal dan berperangai buruk sejak dahulu lagi.

Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap

Artikel Berkaitan: [Video] Trend Persendakan Rakyat Palestin Makin Melampau, Kali Ini Anak Kecil Turut Terlibat!

Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd