[Video] Trend Persendakan Rakyat Palestin Makin Melampau, Kali Ini Anak Kecil Turut Terlibat!
Golongan dewasa masyarakat Israel dipercayai telah menghasut anak mereka untuk bersama-sama menyebarkan kebencian terhadap penduduk di Palestin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum tentang pergolakan yang sedang berlaku antara pejuang Palestin dan negara haram Israel pada masa kini.
Kekejaman rejim tersebut telah meragut nyawa ribuan wanita dan anak kecil yang tidak bersalah.
Ketika rakyat Palestin sedang bergelut bertarung nyawa dengan bekalan keperluan yang semakin susut, penduduk Israel kini sedang memprovokasi individu terkesan dengan memperlekehkan mereka di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen
Rakyat Israel Termasuk Anak Kecil Diajak Untuk Ejek Warga Palestin Di Media Sosial
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran menyaksikan ramai Zionis Israel membuat video keji di TikTok apabila mereka mengejek situasi dan kesengsaraan yang dilalui oleh pejuang Palestin.
Hantaran yang dimuat naik semula oleh portal Al Jazeera di laman Instagram (@aljazeeraenglish) menunjukkan kompilasi video rejim Israel yang memperlekehkan penampilan rakyat Palestin dengan menggunakan mekap sebagai darah dan kesan lebam pada kulit wajah.
Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila ada di antara mereka dilihat keluar merangkak daripada rumah anjing seolah-olah ingin mengatakan bahawa pejuang Palestin menyerupai haiwan tersebut.
Tidak terhenti di situ, trend video tersebut dilihat kian berleluasa apabila anak kecil warga Israel turut diajak untuk menyertai trend tidak senonoh itu.
Golongan dewasa masyarakat Israel dipercayai telah menghasut anak mereka untuk bersama-sama menyebarkan kebencian kepada penduduk Gaza.
Ramai juga di kalangan rejim tersebut yang telah menyarungkan baju sebagai hijab dan berjoget-joget untuk mempersendakan wanita beragama Islam.
Bukan itu sahaja, ada pula yang siap menari dengan latar belakang kemusnahan bangunan disebabkan serangan bom oleh pihak mereka.

Netizen Berang Lihat Kelakuan Zionis Yang Tidak Berperikemanusiaan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat mengecam dan berang terhadap tingkah laku tidak bermoral yang ditunjukkan oleh warga Israel berkenaan.
“Ini menunjukkan tahap kelakuan tidak berperikemanusiaan daripada orang Israel dan orang barat,” ujar seorang netizen.
Ada juga di antara pengguna Instagram yang berpendapat bahawa perkongsian itu tidak berhati perut dan sangat kejam.
“Tiada apa yang lawak tentang orang mati dan berada dalam kesakitkan,” jelas seorang wanita.

Serangan Udara Di Palestin Tiada Kesudahan Sejak 7 Oktober Lalu
Sejak 7 Oktober yang lalu sehingga ke hari ini, rakyat Palestin telah diserang oleh tentera Zionis melalui pelbagai cara.
Antara keganasannya adalah menerusi serangan udara yang telah memusnahkan banyak bangunan dan mengorbankan ribuan warga Palestin.
Disebabkan serangan bom yang masih belum berhenti, saudara seperjuangan di sana sentiasa berada dalam ketakutan.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (@aljazeeraenglish), seorang budak lelaki sedang ditemu bual oleh pihak media tentang apa perasaannya ketika mendengar bunyi bom.
Sejurus kanak-kanak itu meluahkan dia berasa gerun dan takut terhadap serangan yang kuat itu, satu lagi bom kedengaran meletup secara tiba-tiba di sekitar kawasan berdekatan.
Tidak sempat temu bual itu berakhir, dia yang terkejut kemudian dilihat berlari menjauhi letupan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Darah Sikit Baru Palestin” – Da’i Syed Didakwa Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Promote Lipstik Di TikTok
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram
Vintage Items At Home, Perks Of Having Hoarder Parents