Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Sebagai Penyanyi, Tak Culas Sejak 2019
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berharap agar sikap penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dalam membayar zakat menjadi ikutan artis tempatan yang lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain bergelar seorang penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi juga dikenali sebagai seseorang yang pemurah dan memiliki yayasan miliknya sendiri untuk tujuan bersedekah.
Bukan itu sahaja, Siti turut mempunyai Tadika ‘Afwa Al Aafiyah’ di Palestin yang dibina menerusi Yayasan Nurjiwa.
Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Buka Sekolah Buat Anak Palestine Di Gaza, Peruntuk RM10,000 Sebulan
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berusia 44 tahun sebelum ini pernah menceritakan pengalamannya yang diluaskan rezeki selepas memberi sedekah bernilai RM100.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza
Lembaga Zakat Selangor Dedah Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Penyanyi
Menerusi sedutan video dimuat naik dalam ciapan di laman X (Twitter@CityLita), Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan bahawa Siti Nurhaliza merupakan pembayar zakat tertinggi bagi kategori penyanyi tempatan.
Malah, Siti juga tidak pernah culas membayarnya sejak tahun 2019 meskipun mempunyai bantuan dan yayasan sendiri.
Sebelum ini Tokti difahamkan telah membayar zakat kepada Zakat Pahang.
Dalam tempoh lima tahun ni Datuk keep on tak pernah miss bayar zakat kat LZS walaupun Datuk ada buat kerja-kerja lain juga seperti Yayasan Nurjiwa. Tapi zakat still zakat, sedekah still sedekah.
Pengacara ketika sesi perkongsian bersama Lembaga Zakat Selangor.
Ketika pendedahan itu dibuat semasa sesi perkongsian istimewa di LZS, sikap mulia penyanyi terkenal itu juga diharapkan dapat dijadikan contoh kepada penggiat seni tanah air yang lain.
Hopefully selepas ni akan ada kalau-kalau rakan artis yang menonton hari ini akan mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti dalam membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.
Pengacara ketika sesi perkongsian bersama Lembaga Zakat Selangor.
Dalam sesi perkongsian yang sama, turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad Datuk Kamarudin Meranun.
“Siti Nurhaliza pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi” – Lembaga Zakat Selangor
— lita ❤️🔥 wooi yik (@CityLita) November 15, 2023
“Tidak pernah miss bayar since 2019 walaupun ada bantuan/ yayasan sendiri” *before this byr dkt pahang* pic.twitter.com/5SVxwstHRh
Perkembangan Kerjaya TokTi Sebagai Penyanyi
Untuk info, Tok Ti sudah mula melakar kejayaan seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 april 1995.
Malah, beliau juga pernah digelar sebagai ‘Voice of Asia’ setelah memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siti Nurhaliza Berjaya Beli Aset Pertama Di Dubai. Terbaik TokTi!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siti Nurhaliza Tampil Buat Laporan Cuaca Bikin Ramai Peminat Teruja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.