Now Reading
“Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online

“Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online

Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Aaron Aziz telah diubahsuai menggunakan teknologi AI kononnya mereka telah membuka kilang dan menjual cadar tilam serta seluar dalam lelaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkembangan dunia teknologi yang semakin canggih pada zaman ini boleh membuatkan perkara yang mustahil lebih mudah untuk dilakukan.

Kalau dulu, mungkin kita tidak terbayang bahawa gambar seseorang yang sudah meninggal dunia boleh digerakkan semula dan suara mereka juga hampir sama kedengaran.

Bunyi macam mustahil tetapi perkara itu boleh berlaku dengan adanya teknologi Artificial Intelligence (AI).


Peniaga Guna Teknologi AI Untuk Salah Guna Suara Artis

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik semula di laman X (Twitter @Cikgu_Anep), wujud beberapa peniaga atas talian yang telah menyalahgunakan teknologi AI untuk kepentingan perniagaan mereka.

Mana tidaknya, mereka dikatakan telah memalsukan suara milik penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mempromosikan produk cadar tilam di laman TikTok.

Dalam video tersebut, peniaga berkenaan turut menggunakan wajah Siti dengan latar belakang suara seolah-olah selebriti itu mahu mengembangkan dunia perniagaan dalam penjualan cadar pula selepas berjaya dalam bidang fesyen dan kecantikan.

Selain penyanyi itu, pelakon Datuk Aaron Aziz turut menjadi mangsa apabila suaranya juga telah diubah suai bagi mempromosikan pakaian seluar dalam lelaki.


Netizen Bimbang Dengan Manipulasi Teknologi AI

Video palsu menggunakan suara teknologi AI itu membuatkan ramai netizen di media sosial meluahkan rasa bimbang selepas melihat sikap sesetengah individu yang sesuka hati membuat iklan palsu demi kepentingan peribadi.

Malah sesetengah netizen juga berkata mereka pernah melihat iklan hampir sama melibatkan artis dan influencer lain termasuklah Fattah Amin, Khairul Aming dan Lisa Surihani.

“Yang guna suara Fattah jual boxer lagi fake. Tak sama langsung cara cakap. Ada hati nak menipu netizen,” ujar netizen.

Netizen juga risau sekiranya ada pihak terutamanya golongan warga emas yang tertipu dengan iklan tersebut yang disifatkan mereka sebagai satu cara baharu untuk scam.

“Mesti ada yang dah percaya. Tambah jenis orang tua yang tak tahu IT,” kata netizen.

Sumber: X (Twitter)

Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Tentang Hukum Menggunakan AI Dalam Islam

Sebelum ini, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus telah diajukan persoalan tentang hukum penggunaan AI.

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI ini adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Namun, hukumnya haram sekiranya digunakan untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja atau untuk mengaibkan seseorang.

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd