Now Reading
Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu

Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu

Nabil berkata bahawa kes salah guna gambarnya untuk aktiviti scam telah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (20 November), pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad menerusi akaun Instagram (@nabilzira) memaklumkan bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambarnya dalam satu skim pelaburan palsu.

Mengulas lanjut, Nabil mendakwa pihak tersebut telah menggunakan imej wajahnya sebagai satu bahan promosi untuk sebuah artikel bagi menarik perhatian orang ramai supaya turut serta dalam aktiviti scam itu.

“Ini adalah satu scam yang sedang berlaku sekarang,” ujarnya.

Susulan itu, pelawak tersebut telah membuat laporan polis mengenai kes berkenaan kerana ia dikatakan menjejaskan kerjaya dan namanya baiknya dalam industri seni selain berasa risau ia mampu membuatkan orang ramai terpedaya.


Nabil Buat Aduan Di SKMM

Tambah Nabil, dia ambil maklum bahawa banyak pihak sudah tahu ia adalah satu penipuan kerana terdapat beberapa individu telah bertanya tentang gambarnya yang tular.

“Kepada anda semua yang nampak tolong berhati-hati, ada juga rakan bertanya tentang ini dan saya sudah maklumkan itu semua palsu,” jelasnya.

Bagi menangani masalah tersebut daripada semakin berleluasa, Nabil dalam hantaran sama berkata dia akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu turut mendakwa bahawa kes seperti itu sudah banyak kali berlaku sebelum ini.

Sumber: Instagram (@nabilzira)

Buat Aduan Tentang Berita Palsu Menerusi SKMM

Kes scam melalui berita palsu yang tersebar di platform media sosial dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini telah memuat naik satu ciapan di laman X tentang saluran yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk membuat laporan berita palsu kepada SKMM.

Orang ramai boleh mengakses portal aduan SKMM [DI SINI], menghubungi pihak tersebut di talian 1800188030 atau faks di talian 03-86881880.

Sebagai alternatif lain, aduan boleh dibuat melalui hantaran pesanan kepada SKMM ADUAN iaitu di talian 15888.

Aduan melalui aplikasi WhatsApp pula adalah pada nombor telefon 016-2206262 manakala pautan e-mel menerusi aduanskmm@mcmc.gov.my.

Sumber: X (@fahmi_fadzil)

Baca Artikel Berkaitan: Video Lama Disunting Jadi ‘Sesi Live’, Heliza Minta Orang Ramai Hati-hati Dengan Scam Kutipan Dana Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Kes Scammer & Gangguan Seksual: Young Syefura Buat Laporan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd