Now Reading
Kes Scammer & Gangguan Seksual: Young Syefura Buat Laporan Polis

Kes Scammer & Gangguan Seksual: Young Syefura Buat Laporan Polis

Dia berharap supaya tindakan diambil terhadap semua kes scam dan gangguan seksual dalam negara serta menggalakkan mangsa gangguan seksual tidak kira jantina untuk tampil membuat laporan polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman telah membuat laporan polis bagi kes penipuan dan gangguan seksual oleh seorang pempengaruh media sosial di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong.

Laporan pertama dibuat melalui pegawai khasnya ke atas seorang individu yang mendakwa menjadi wakilnya bagi penganjuran satu program untuk menjana pendapatan melalui Instagram.

Laporan kedua pula dilakukan ke atas seorang pempengaruh yang membuat kenyataan seksis dan lucah dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagram. Dia menganggap kenyataan tersebut sebagai satu bentuk gangguan seksual.

Video tersebut telah tular dan dikongsi oleh banyak pihak.

Saya terbuka jika ada yang mempertikaikan pandangan dan ideologi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing, namun apa yang telah dilakukan oleh pempengaruh ini ialah satu serangan peribadi dan menjejaskan reputasi dan kehormatan saya sebagai seorang wanita serta Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Dia berharap supaya tindakan diambil ke atas semua penjenayah kes scam dan gangguan seksual dalam negara. Mangsa gangguan seksual tidak kira jantina perlu digalakkan supaya tampil membuat laporan polis.

Pada masa yang sama, beberapa individu telah menunjukkan sokongan terhadap Young Syefura.

@thaqibshaker #seksis #ybyoungsyefura #ybrara #kedah @Young Syefura ♬ original sound – Thaqib

Ahli Parlimen Bentong Melayu Pertama

Young Syefura yang lebih mesra dengan panggilan Rara telah dilantik sebagai Ahli Parlimen Bentong pada November 2022. Beliau sebelum itu berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari di Pahang dari Mei 2018 hingga November 2022.

Ahli politik itu turut berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) sejak Mac 2022.

Dia juga menjadi ahli parlimen Melayu pertama yang dilantik di kawasan parlimen Bentong.

Young Syefura telah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 selepas mengalahkan pesaingnya, Tan Sri Liow Tiong Lai, bekas Presiden MCA.

Sejak kawasan parlimen Bentong diwujudkan pada tahun 1959, ia sentiasa diwakili oleh Ahli Parlimen berbangsa Cina.

Chan Siang Sun dari MCA memenangi kerusi itu pada tahun 1959 di bawah Perikatan dan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1989. Seterusnya, Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Naib Presiden MCA, memenangi PRU selama tiga penggal berturut-turut.

Liow kemudiannya mengambil alih dan mengekalkan kerusi itu bagi Barisan Nasional (BN) selama empat penggal sebelum kalah dengan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Tack pada tahun 2018.

Ini merupakan kemenangan yang besar buat DAP kerana Bentong sebelum itu merupakan kubu kuat BN.


Peristiwa ‘Blackout’ Di Bentong

Ketika PRU ke-13, iaitu pada 5 Mei 2013, pengacara Astro AEC, Gan Jiang Han membuat hantaran di Facebook yang mendakwa Bentong telah putus bekalan elektrik pada hari itu.

Hantara ini mencetuskan kontroversi dan telah diliputi oleh kebanyakan akhbar harian bahasa Cina.

Walau bagaimanapun, ia hanya khabar angin semata-mata, dan dilaporkan bahawa Bentong tidak putus bekalan elektrik pada hari itu.

Hal ini telah disahkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Suruhanjaya Pilihan Raya juga mengesahkan bahawa proses undian tidak terjejas.

Sesetengah orang membuat spekulasi bahawa hantaran oleh Gan itu bermotifkan politik, tetapi ada juga percaya bahawa ia hanya satu kesilapan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd