Now Reading
Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook

Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook

Hantaran Facebook yang palsu dan berunsur penipuan sukar untuk dikenal pasti kerana mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan hantaran sebenar.

cara kenal pasti iklan palsu facebook

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, makin banyak pula iklan palsu yang dilihat di media sosial.

Walaupun pihak polis dan portal berita sudah memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berwaspada, namun masih ada sebilangan individu yang tertipu.

Mana tidaknya, iklan yang disebarkan itu secara sengaja dicipta seolah-olah iklan yang betul dan agak sukar untuk membezakan sama ada ia sahih atau tidak.

Kebiasaannya, hantaran Facebook yang dibayar akan mempunyai tag ‘Sponsored’ di bahagian atas sebagai tanda yang ia adalah berbayar.

Tetapi keadaan menjadi semakin mengelirukan apabila scammer juga sanggup untuk membayar hantaran palsu di platform berkenaan.


Macam Mana Nak Bezakan Sama Ada Iklan Jualan Di Facebook Itu Betul Atau Palsu?

Berdasarkan beberapa sampel hantaran palsu yang dijumpai di Facebook, berikut adalah beberapa petanda yang boleh dilihat. Antaranya:

1. Promosi Yang Ditawarkan Terlalu Bagus

Apabila melihat sesuatu promosi itu yang ‘too good to be true’, kadangkala rasa seperti kurang yakin dan ramai yang akan beranggapan ia adalah scam.

Contohnya korang ternampak iklan jualan barangan berjenama dengan harga yang sangat murah, confirm ia adalah barangan tiruan atau dari kedai palsu.

2. Semak Kesahihan Akaun Syarikat Tersebut

Di Facebook, sesebuah syarikat yang mempunyai akaun rasmi dan sahih akan memiliki tanda semak (✔) berwarna biru di bahagian tepi nama mereka.

Tetapi ada juga beberapa akaun jenama yang sahih namun tidak memiliki tanda (✔) berwarna biru itu. Jadi, apa yang korang boleh buat adalah dengan menyemak jumlah pengikut dan jenis hantaran yang dimuat naik serta bahagian komennya.

Kalau bahagian komen hantaran dipenuhi dengan pautan spam dan review lima bintang yang meragukan, berkemungkinan akaun berkenaan adalah palsu.

Akaun Facebook ini menyamar sebagai chef selebriti Khairul Aming untuk menjual jam tangan GT20 Ultra. Malah, tanda semak berwarna biru pada gambar profil juga adalah palsu kerana ia seharusnya muncul pada sebelah nama profil atau halaman.

3. Semak Sama Ada Pautan Yang Diberikan Benar Atau Palsu

Antara perkara yang korang boleh buat adalah dengan menyemak sama ada alamat laman web bermula dengan “https” dan bukannya “http” untuk membezakan sama ada ia adalah pautan yang selamat atau tidak.

Untuk menjaga keselamatan data korang, jangan sesekali klik pada mana-mana pautan yang meragukan.

Kalau boleh sebelum klik pautan yang dijumpai di Facebook, semak dahulu akaun tersebut. Kebiasaannya apabila membuka akaun profil, jenama mereka akan terpapar di bahagian pautan.

Sebagai contoh, pautan untuk halaman Facebook rasmi Mid Valley Megamall kelihatan seperti ini: https://www.facebook.com/mymidvalleymegamall, manakala halaman palsu akan menunjukkan nombor dan bukannya nama jenama.

4. Kapsyen Mereka Agak Panjang Dan Tidak Kemas

Kalau korang perasan, kebanyakan kapsyen dalam hantaran palsu di Facebook akan dibuat dalam bentuk perenggan yang sangat panjang dan akan mengulang perkataan atau ayat yang sama.

Kapsyen mereka akan dilihat panjang lebar dan terlalu menggesa-gesa pelanggan untuk membeli barangan mereka. Bahagian komen juga dipenuhi dengan review yang meragukan.
5. Penjenayaah Akan Menggesa Pelanggan Untuk Membeli Barangan Mereka Secara ‘On The Spot’

Satu lagi petanda bahawa ia adalah iklan palsu adalah apabila mereka menekankan barangan tersebut adalah edisi terhad yang dijual untuk tempoh tertentu sahaja.

Teknik itu akan membuatkan pelanggan berasa tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan memberitahu tentang promosi beli satu percuma satu di ruangan komen dan tidak dinyatakan dalam hantaran.

6. Penjenayah Akan Meminta Maklumat Tentang Kad Kredit Terlebih Dahulu

Jika maklumat pembayaran anda muncul terlebih dahulu sebelum butiran peribadi, berkemungkinan besar mereka cuba mencuri maklumat korang untuk mendapatkan akses kepada kad kredit

Sebagai langkah berjaga-jaga, pembayaran menggunakan kad kredit adalah lebih selamat berbanding kad debit kerana kad kredit menawarkan lebih perlindungan dan keselamatan.

Jika anda menjadi salah seorang mangsa penipuan, ianya lebih mudah untuk mendapatkan semula wang sekiranya dibayar menggunakan kad kredit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd