Now Reading
Video Lama Disunting Jadi ‘Sesi Live’, Heliza Minta Orang Ramai Hati-hati Dengan Scam Kutipan Dana Palestin

Video Lama Disunting Jadi ‘Sesi Live’, Heliza Minta Orang Ramai Hati-hati Dengan Scam Kutipan Dana Palestin

Pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting hantaran lama Heliza sebagai sebuah live video telah meraih kutipan sebanyak RM60,000 daripada orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keperluan asas yang terhad di Gaza akibat peperangan antara penduduk Palestin dan tentera Israel dilihat semakin membimbangkan.

Susulan itu, banyak badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia telah tampil membuat kutipan sumbangan untuk menyalurkan bantuan seperti makanan, minuman, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain.

Namun, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan situasi genting tersebut sebagai satu jalan kepada mereka untuk mengaut keuntungan.


Individu Edit Video Lama Heliza & Dijadikan Live Untuk Kutip Sumbangan Buat Rakyat Palestin

Pada Jumaat lalu (10 November), penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi mendakwa bahawa terdapat pihak yang menggunakan namanya dan membuka akaun media sosial palsu bertujuan mengutip derma demi kepentingan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, Heliza juga berasa terkejut apabila individu berkenaan menyunting hantaran lama miliknya dan diubah menjadi satu sesi live.

Walaupun video itu telah disunting, namun ramai juga telah terpedaya sehingga menyebabkan kutipan sumbangan berkenaan mencecah dana sejumlah RM60,000.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya hanya ada akaun Facebook, TikTok dan Instagram. Yang lain-lain itu bukan saya.

“Jadi, saya ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak tertipu dengan akaun palsu itu,” ujar Heliza dalam satu sidang media.

Sementara itu, Heliza menjelaskan bahawa dia mengetahui tentang kewujudan akaun palsu berkenaan menerusi mesej peribadi (DM) yang diterima daripada pengikutnya.

Sumber: Instagram (@nurhelizahelmi)

Orang Ramai Sangka Heliza Pergi Ke Gaza

Dalam pada itu, ramai juga yang menyangka bahawa Heliza telah pergi ke Gaza sebelum ini dalam misi bantuan kemanusiaan.

“Beberapa kali saya ditegur orang awam yang bertanya bila saya pulang dari Gaza, sedangkan belum pergi pun.

“Ada yang memeluk saya sambil menangis kerana bersyukur saya selamat pulang,” tambahnya lagi.

Walaupun sikap segelintir masyarakat yang mendoakannya adalah sesuatu perkara baik, namun dia berasa khuatir kerana isu tersebut melibatkan duit orang awam.

“Kepada orang yang buat akaun palsu itu, saya nak tegaskan bahawa saya tidak izinkan kerana ini soal hidup dan mati,” katannya.


Heliza Anggap Aktiviti Solidariti Terhadap Palestin Wajar Diteruskan

Selain itu, Heliza yang berada di sidang media Himpunan Artis dan Seniman Malaysia Membela Palestin (HASPA) mengatakan bahawa aktiviti solidariti yang bakal dianjurkan di Shah Alam pada 2 Disember akan datang wajar diteruskan.

Heliza yang telah menziarahi Gaza sebanyak tiga kali telah memberitahu warga Palestin sebelum ini bahawa masyarakat serata dunia sering menunjukkan sokongan baik terhadap mereka yang ditindas Zionis.

“Dengan kewujudan media sosial, mereka boleh nampak sokongan masyarakat dunia. Jadi, mereka minta kita supaya tidak henti beri sokongan,” tegasnya.

Heliza dalam masa sama menyeru orang ramai untuk terus berkongsi post tentang situasi berlaku di Gaza walaupun berasa tidak selesa melihat penderitaan yang dilalui oleh mereka.

“Isu Gaza ini kena ada dalam hati, bukan sokongan bermusim. Cuma kali ini, apa yang berlaku sangat dahsyat sehingga ramai sudah mula menghafal qunut nazilah,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Ada Dome Of The Rock, Ramai Kagum Cikgu Buat Rangoli Tanda Solidariti Untuk Palestin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!

Baca Artikel Berkaitan: KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd