Now Reading
[Video] “Ada Aura Korean Sebab Tu Best” – Maryam Durian Kimchi Nyanyi Lagu Tokti Raih Pujian Ramai

[Video] “Ada Aura Korean Sebab Tu Best” – Maryam Durian Kimchi Nyanyi Lagu Tokti Raih Pujian Ramai

Menerusi hantaran Maryam, influencer popular itu yang berada dalam sebuah studio dilihat menyanyikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ dengan merdu dan lancar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut nama Maryam Durian Kimchi, pasti ramai yang mengenali influencer terkenal yang berasal dari Korea Selatan itu.

Maryam atau nama penuhnya Maryam You Narae telah menceburi pelbagai bidang terutamanya seni hiburan sejak menetap di Malaysia iaitu selepas berkahwin dengan suaminya, Ryzal Ibrahim.

Seperti dilihat di akaun media sosial miliknya, Maryam sangat aktif menceburi dunia permodelan, iklan dan sering menyertai rancangan televisyen.


Maryam Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ Oleh Siti Nurhaliza

Bakatnya tidak terhenti di situ sahaja apabila dia baru-baru ini, berkongsi kebolehannya dalam bidang nyanyian pula. Menerusi akaun TikTok (@Duriankimchi), Maryam dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu di dalam sebuah studio.

Bukan sebarang lagu, Maryam dilihat menyanyikan lagu berjudul ‘Aku Bidadari Syurgamu’ oleh penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Siti Nurhaliza!

Walaupun berasal dari Korea, namun wanita itu kelihatan tidak kekok menyanyikan lirik lagu Melayu itu dengan merdu dan lancar. Malah, ‘high note’ dalam lagu itu juga bukan satu masalah buat Maryam untuk meneruskan nyanyian dengan sempurna sehingga ke saat akhir.

Dengan riak muka yang beremosi dan lenggok tangannya, memang jelas nampak Maryam amat berbakat dalam bidang nyanyian.

Kata Maryam menerusi hantaran itu, ‘Aku Bidadari Syurgamu’ merupakan lagu Melayu pertama yang dipersembahkan olehnya.

https://www.tiktok.com/@uyounik/video/7324317937366600968?_r=1&_t=8j5pMONnH7Z

Netizen Puji Bakat Maryam Nyanyi Lagu Melayu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji kebolehan Maryam untuk menyanyikan lagu tersebut dengan syahdu.

“Bila dengar auto sebak, rasa meremang tu tandanya Maryam berjaya menyampaikan (lagu) dengan feeling yang sempurna,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang tidak menyangka anak kelahiran Korea itu mampu mendendangkan lagu Melayu semerdu itu.

“Tak sangka Maryam boleh nyanyi lagu Melayu sesedap ini. All the best Maryam,” ujar seorang warganet.

Sementara itu ada yang netizen yang berkata nyanyian lagu Maryam adalah lebih sedap didengari daripada lagu yang sebenar.

“Weh sedap dari penyanyi asal. Meresap dalam jiwa. Wow, auto jadi peminat Maryam,” jelas seorang individu.

Dalam pada itu, ada juga yang memintanya untuk ‘cover’ lagu itu dalam versi Korea pula.

“Please nak dengar versi korea lagu ini,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lagu Zaman Acik Ni” – Budak Lelaki Nyanyi ‘Cinta Melankolia’ Raih Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak 2 Tahun ‘Feeling’ Nyanyi Lagu Lemak Manis Di Majlis Kenduri Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: ‘Old Love’ Nyanyian Anak Nora Ariffin Terima Anugerah Malaysia Book Of Record, Lagu Paling Banyak Didengari Oleh Rakyat Negara Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd