Now Reading
Ini 5 Kejayaan Siti Nurhaliza Sebagai Bukti Beliau Layak Digelar ‘Biduanita Negara’

Ini 5 Kejayaan Siti Nurhaliza Sebagai Bukti Beliau Layak Digelar ‘Biduanita Negara’

Antara pencapaian Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah menjadi artis ketiga di Asia yang dijemput untuk mengadakan persembahan konsert di Royal Albert Hall.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak muncul sebagai juara bagi pertandingan Bintang HMI 1995, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menceburkan diri dalam industri muzik sehingga ke hari ini.

Sebagai seorang artis, beliau telah berjaya mencapai impian yang diingini oleh orang ramai seperti menjual lebih enam juta rekod album dan memenangi lebih 300 penghargaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Facebook

Namun di sebalik rentetan pencapaiannya yang mengagumkan, wujud segelintir pihak yang meragui kedudukannya dalam bidang muzik.

Oleh kerana topik berkaitan Biduanita Negara sedang menjadi perbualan hangat di laman X (Twitter), mungkin inilah masanya untuk kami mengetengahkan beberapa pencapaian Siti untuk membuktikan bahawa beliau adalah seseorang yang boleh memenuhi ciri Biduanita Negara.

#1. Menerajui jualan album Malaysia

Boleh dikatakan ramai di antara kita yang mengetahui bahawa album muzik Siti mendapat sambutan sangat baik dalam kalangan pendengarnya.

Pada tahun 2001, album penyanyi itu menunjukkan prestasi yang positif sehingga menyumbang kepada 1% daripada jumlah jualan album di Malaysia.

Sementara beberapa artis lain bergelut untuk menentang karya mereka daripada dicetak rompak, namun muzik Siti masih mendapat sambutan mengalakkan.

Malah dalam tempoh lima tahun kerjayanya, Siti telah menjual 1 juta album dan ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa.

Walaupun dalam zaman penstriman ini, album beliau masih menerima pensijilan untuk unit yang dijual.

Salah satu album terbaharunya iaitu ManifestaSiti2020 telah diperakui emas kerana menjual lebih daripada 5,000 salinan fizikal.

Kehebatan muzik Siti juga dicerminkan dalam platform penstriman seperti Spotify kerana beliau mempunyai lebih 1.2 juta pendengar bulanan dan menjadikannya sebagai artis Malaysia yang paling banyak distrim.

#2. Artis Asia Ketiga Yang Pernah Buat Persembahan Di Royal Albert Hall 

Selain membuat persembahan di seluruh Malaysia, Siti juga telah memikat hati penonton di pentas antarabangsa apabila beliau juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan konsert di Royal Albert Hall di London.

Siti merupakan artis Asia ketiga dalam sejarah yang pernah mengadakan konsert di Royal Albert Hall sejak 1871.

Kali pertama beliau membuat persembahan di sana adalah pada tahun 2005 bagi meraikan ulang tahunnya yang kesepuluh dalam industri muzik.

Pada tahun 2019, Siti sekali lagi mengadakan persembahan untuk menandakan kemunculannya semula selepas menyambut kelahiran anak sulung, Siti Aafiyah.

#3. Tergolong Dalam Kalangan 500 Individu Muslim Yang Berpengaruh

Dari 2015 hingga 2022, Siti turut mendapat penghormatan apabila tersenarai sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia berikutan sumbangannya dalam bidang Kebudayaan dan Kesenian.

Penghargaan itu juga diberikan atas faktor beliau yang sebati dalam industri berkenaan tanpa menjejaskan kepercayaan Islam di dalam diri.

Sebagai contoh semasa peringkat awal kerjayanya, Siti terpengaruh dengan tekanan untuk menggayakan fesyen yang bertentangan agama.

Walaupun dikritik secara berterusan, Siti tetap teguh dengan pendiriannya untuk tidak memakai pakaian yang terdedah dan tidak bergambar dengan artis lelaki kerana ia bertentangan dengan kepercayaannya.

“Sebagai artis, saya memang sedar banyak tanggungjawab sosial yang perlu saya laksanakan. Jadi, saya memilih untuk bersederhana dalam segala-galanya, termasuk dalam hal berpakaian saya.

“Saya mahu menunjukkan bakat saya dan keupayaan vokal saya yang dianugerahkan Tuhan tanpa bergantung pada imej seksi,” katanya.

Boleh dikatakan prinsip Siti ini telah memberi ganjaran kepadanya kerana terus menjadi kesayangan rakyat Malaysia walaupun selepas 29 tahun.

#4. Menjadi Perintis Kepada Kecantikan Halal

Walaupun kejayaan Siti membolehkan beliau hanya bergantung pada kejayaan dalam muzik, namun beliau tetap mengambil inisiatif untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang keusahawanan pula.

Pada tahun 2010, Siti telah mengasaskan produk kecantikan dan kesihatannya iaitu jenama SimplySiti

Sumber: Facebook

Menurutnya, produk-produk ini bukan sahaja menjanjikan kualiti yang hebat dengan memenuhi piawaian antarabangsa, malah ia juga mengikuti keperluan pengguna beragama Islam.

Semua produk SimplySiti sememangnya disahkan oleh JAKIM kerana ia mematuhi piawaian Halal. Seperti yang dijangka, SimplySiti telah diterima dengan baik sejak penubuhannya.

Produk tersebut telah menerima pelbagai anugerah kecantikan daripada Anugerah Peniaga Shopee hingga Anugerah Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecantikan Watson.

#5. Terkenal Dengan Sikap Dermawan

Selain berkaliber sebagai penyanyi dan usahawan, apa yang menjadikan Siti sebagai Biduanita Negara nombor satu Malaysia adalah sikap pemurah beliau.

Sepanjang kerjayanya, Siti sentiasa meluangkan masa di luar jadual untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

Sumber: Instagram

Pada tahun 2018, Siti telah mengumpul dana dengan program DI HATI untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung.

Semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020, beliau menubuhkan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin Datuk Seri Siti Nurhaliza (Dana PKP Siti Nurhaliza) untuk membantu mereka yang terjejas oleh wabak itu.

Terbaharu, beliau juga telah menjadualkan konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ bagi membantu mereka yang terjejas akibat perang di Palestin.

Sumber: Facebook

Selepas menyenaraikan kejayaan Siti, ternyata beliau bukan sahaja seorang vokalis yang hebat, malah penyanyi ini juga menunjukkan dirinya sebagai seorang penghibur dan individu yang berpengetahuan luas.

Justeru, beliau merupakan calon yang sempurna untuk dinobatkan sebagai Biduanita Negara seterusnya.

Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Sebagai Penyanyi, Tak Culas Sejak 2019

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza ‘Sound’ Peniaga Selamba Guna Gambarnya & Suami Untuk Jual Produk


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd