[Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza menceritakan individu itu yang kehilangan dompet hanya meminta RM50 kerana ingin mengisi minyak motosikal.

![[Video] "Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000" - Siti Nurhaliza](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2022/08/Siti-Nurhaliza-Kongsi-Kisah-Dapat-RM100000-Lepas-Sedekah-RM100-Kepada-Lelaki-Yang-Hilang-Dompet-2.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Amalan bersedekah adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam agama Islam. Bila makin banyak kita bersedekah, percayalah rezeki kita akan muncul dalam pelbagai bentuk tidak diduga.
Tiba-tiba ada ‘stranger’ bayarkan duit minyak, orang belanja makan, atau bertuah menang baucar wang tunai. Senang kata, sedekah ini sebenarnya lebih meluaskan rezeki kita.
BACA JUGA: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!
Siti Nurhaliza dedah pernah terima RM100,000 lepas hulur sedekah RM100
Keajaiban bersedekah ini turut dirasai oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika didatangi seorang individu tidak dikenali.
Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok (@cikjan_88), Siti berkongsi kisahnya bersedekah kepada audiens yang hadir pada satu forum anjuran CTDK Holdings bagi memberi inspirasi kepada orang ramai.
Siti menceritakan dia telah didatangi seorang individu dan meminta duit berjumlah RM50 untuk mengisi minyak selepas memberitahu dompetnya telah hilang ketika menunggang motosikal.
Saya memang betul-betul perlukan duit. Saya nak RM50 je untuk isi minyak motor. Nak cucuk duit pun dompet saya tak ada. Tolonglah cik. Saya tahan kereta lain tapi mereka ingat saya nak ‘pau’.
Datuk Seri Siti Nurhaliza bercerita semula kata-kata individu tersebut kepadanya.
Menganggapnya sebarang isyarat daripada Allah SWT, Siti terus menghulurkan RM100 kepada individu berkenaan tanpa sebarang syak wasangka.
Dan siapa sangka, berkat sedekahnya itu Siti telah memperolehi rezeki sebanyak RM100,000 pada keesokan harinya. Betapa dahsyatnya amalan bersedekah ini kan?
Video perkongsian tersebut meraih 74,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@cikjan_88 Hebatnya kuasa bersedekah by Dato Siti❤️bgusnya Tok Ti ni dia tak pernah bersangka buruk dengan orang ..sebab tu la rezeki dia tak lernah putus sampai sekarang..#ctdk #sitizen #fypシ #fyp
♬ original sound – Cikjan88 – Cikjan88
Orang ramai kongsi pengalaman sama lepas bersedekah
Di ruangan komen video itu, ramai pengguna media sosial turut berkongsi kisah mereka menerima rezeki yang tidak disangka selepas melakukan amalan bersedekah.
Rezeki itu tak semestinya dalam bentuk wang, terselamat dari nahas pun dikira rezeki dari Tuhan.




Nilai sedekah yang kita hulurkan itu mungkin nampak kecil di mata kita, tetapi besar nilainya kepada penerima dan juga di sisi Tuhan.
Dalam Islam, ganjaran kepada orang yang bersedekah adalah 700 kali ganda besarnya berbanding amalan lain. Sedekah ikut kemampuan kita pun okay dah.
BACA JUGA: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.