Now Reading
[Video] UAI Dedah Sedekah Baju Dapat Elak Daripada Berbogel Ketika Di Padang Masyar

[Video] UAI Dedah Sedekah Baju Dapat Elak Daripada Berbogel Ketika Di Padang Masyar

Antara empat golongan yang tidak berbogel ketika hari kiamat adalah para Nabi dan juga individu yang mati syahid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap insan yang merupakan hamba kepada Allah SWT perlulah sentiasa berusaha untuk patuh kepada perintahNya.

Malah mereka yang mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan segala kemungkaran tidak hanya dijanjikan pahala tetapi syurga.

Meskipun ia bukan suatu perkara yang mudah, namun sebagai Muslim kita perlu berusaha untuk sentiasa melakukan kebaikan dan bersedekah agar amalan itu boleh dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Malah sebagai hamba Allah SWT kita juga telah diberitahu mengenai Hari Kiamat di mana semua makhluk akan dibangkitkan semula untuk dihitung segala amalannya ketika hidup.

Bukan hanya itu, kita juga akan dibangkitkan dalam keadaan tidak berpakaian kecuali empat golongan antaranya adalah para nabi.

4 golongan yang tidak bertelanjang ketika di padang masyar

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video yang tular di TikTok turut berkongsi empat golongan yang tidak berbogel iaitu:

  • Para nabi
  • Individu yang mati syahid
  • Mati di dalam ihram
  • Orang yang sedekahkan baju kepada orang lain.

“Para nabi tidak bertelanjang pada hari kiamat. Orang yang mati dalam ihram, bangun pakai ihram, orang mati syahid bangun pakai baju tentera mengikut zaman masing-masing,” ujarnya.

Namun orang biasa, yang tidak tersenarai dalam empat golongan itu akan dibangkitkan dalam keadaan berbogel.

“Kita telanjang, tok imam, tok siak, tok kadi juga akan dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang.

“Kita nak ke telanjang? Jika tak mahu sedekahkan baju kepada orang lain ketika hidup.

“Dapat gaji, ambil seratus beli pakaian dan berikan kepada orang-orang yang miskin.

“Maka kita berpakaian di hari akhirat.” katanya.

Perkara yang didermakan pada hari ini akan menjadi harta diakhirat kelak

Tambahnya lagi, apa yang dipakai manusia pada hari ini akan menjadi kain buruk, apa yang dimakan dan minum akan menjadi najis.

Namun apa yang didermakan itu akan menjadi harta apabila di akhirat kelak.

“Nabi sabda apa yang kamu makan jadi tahi, apa yang kamu pakai jadi kain buruk, apa yang kamu derma jadi harta kamu sehingga hari kiamat.”

Mengintai di ruangan komen ramai yang mengajak pengguna di platform berkenaan untuk sentiasa melakukan kebaikan dan bersedekat agar ia menjadi bekalan ketika di alam sana.

“Jom pakat-pakat sedekah”

“Saya ada juga sedekah baju, ada pondok dekat kawasan rumah saya untuk letak baju-baju yang tak boleh pakai yang masih baru lagi”

“Jom perbanyakkan sedekat.. sebab itulah bekalan kita di akhirat nanti”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd