[Video] Kantoi Lelaki ‘Buta’ Minta Sedekah Sebenarnya Sempurna. Siap Dipimpin Isteri!
Habislah semua orang tak akan percaya semua orang buta lepas ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sedekah itu adalah pembuka rezeki, benar.
Amalan sedekah juga bukanlah sesuatu yang akan merugikan kita semua. Malah, ianya merupakan satu bentuk pengorbanan dari kita untuk memuliakan agama Allah SWT.
Jika kita bermurah hati dalam bersedekah, percayalah, rezeki akan bertambah, bertambah dan bertambah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini telah tular satu video di TikTok di mana menunjukkan dua pasangan tidak berkemampuan telah berkeliaran meminta sedekah daripada orang awam.
Pada mulanya nampak perkara itu normal.
Tapi sebenarnya, ada yang tak kena dengan pasangan suami isteri ini.
Jalan dipimpin ‘isteri’, tapi sebenarnya tak ‘buta’ pun.
Kejadian itu telah dirakamkan oleh awam yang bertindak mengekori mereka setelah pasangan tersebut meninggalkan tempat mereka meminta sedekah dan berjalan ke arah sebuah kereta yang sedang menunggu.
Menerusi rakaman mendapati lelaki ‘buta’ berkenaan boleh berjalan dengan sendirinya tanpa dipimpin wanita itu. Maksudnya tak buta pun.
Wayang je ke depan orang awam tadi, demi mendapatkan sumbangan?
@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs
Perkara ini telah menimbulkan kekesalan orang ramai yang sebelum ini turut terpedaya dengan helah golongan ini demi mendapatkan sumbangan dan wang yang cepat tanpa perlu bekerja.
Macam-macam hal.
Orang buta sebenar kena tempias.
Kejadian seperti ini tidak dinafikan telah memberikan tempias kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Mana tidaknya, ramai juga yang ada ‘trust issue’, bila orang buta datang menghampiri selepas ini, mungkin ada yang sudah tidak percaya lagi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.