Now Reading
Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!

Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!

Kanak-kanak lelaki itu menjual koleksi kereta permainannya untuk membelanja anak-anak yatim Happy Meals dari McDonald’s.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak korang dengar ayat anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkan mereka?

Kalau bagus didikan dan contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, maka perlakuan mereka pun akan disenangi ramai.

BACA JUGA: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah

Belanja anak yatim McDonald’s

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (adawiyah) berkongsi kisah apabila anak lelakinya iaitu Sayf Mecca berusia enam tahun telah melaksanakan niat yang baik kepada anak-anak yatim.

Niat baiknya itu bermula selepas Sayf ternampak maskot kartun Mickey Mouse meminta sedekah berhampiran McDonald’s dan berhajat untuk membantu orang yang kurang berkemampuan.

Demi merealisasikan impian tersebut, Sayf telah menjual koleksi permainan miliknya kepada orang ramai dengan harga linkungan RM2 hingga RM5 di hadapan rumah di Ampang.

Duit hasil jualan itu digunakan untuk membelanja 35 orang anak yatim menu Happy Meals di McDonald’s.

Pada awalnya Sayf agak malu untuk menghulurkan Happy Meals itu kepada beberapa anak yatim tersebut, tetapi lama-kelamaan dia mula teruja kerana berasa gembira dapat buat orang lain gembira.

Ramai puji niat baik Sayf

Rata-rata netizen di Twitter memuji tindakan Sayf membelanja Happy Meals kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan itu.

Dalam masa yang sama, ramai memuji didikan ibu bapa Sayf yang dilihat mampu mengajar mereka tentang ilmu sedekah juga.


Baik betul hati Sayf walaupun dia masih kecil lagi. Ini menunjukkan didikan ibu bapa memang penting untuk membentuk anak-anak menjadi orang yang baik.

Semoga bila besar nanti Sayf dapat tolong lebih ramai orang yang memerlukan pada masa akan datang.

Good job Sayf!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd