Now Reading
Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!

Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!

Tindakan tuan rumah mengajak rider berbuka puasa sekali mendapat perhatian GrabFood Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba bulan Ramadan, ramai berlumba-lumba untuk memperbanyakkan ibadah mereka bagi merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding pada bulan lain.

Antara amalan yang sangat digalakkan ketika bulan Ramadan ini adalah mengkhatam al-Quran, menunaikan solat terawih, bersedekah dan sebagainya.

Nak beramal ibadah memang senang sangat. Sambil tunggu lampu isyarat bertukar hijau pun kita boleh berzikir tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Mudah kan?

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Jemput rider masuk berbuka puasa sekali

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (Muhd Fareast) memuat naik video menunjukkan dia sengaja lewat memesan makanan menggunakan aplikasi GrabFood walaupun azan Maghrib bakal berkumandang.

Lelaki ini menjelaskan tujuan dia bertindak sedemikian adalah untuk mengajak sekali rider berkenaan berbuka puasa bersama mereka di rumahnya.

Pada awalnya, rider tersebut agak segan untuk menerima pelawaan lelaki ini. Namun, dia akhirnya bersetuju selepas mendengar azan Maghrib menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa.

Siap sedekah duit kepada rider

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga beri kejutan dengan menghulurkan sedikit wang kepada rider yang dikenali sebagai Mohd Haziq Mansor.

Keadaan bertambah sayu apabila rider tersebut terus memeluk tuan rumah itu sambil mengesat air mata kesyukuran.

@acak_east

Abang GrabFood menitis air mata bila berbuka bulan Ramadhan @mohdhaziqmansor #grabfood #foodpanda #fyp #foryoupage #foryou #ramadhan

♬ Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Ramai puji kebaikan lelaki ini

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memuji kebaikan yang dilakukan oleh lelaki itu di bulan Ramadan.

Sampai ada yang mengalirkan air mata tengok video perkongsian berkenaan.

GrabFood Malaysia balas jasa

Namun siapa menyangka, video yang dimuat naik di TikTok itu bukan sahaja berjaya meraih 2.3 juta tontonan, malah ia turut menarik perhatian GrabFood Malaysia.

Pihak GrabFood Malaysia dengan berbesar hati memberikan Krispy Kreme Doughnuts kepadanya sebagai tanda membalas jasa selepas bersikap baik dengan rider mereka.

@acak_east

Grab Malaysia Respon tak sangka jadi Viral..Terima Kasih @grabfoodmy for this..Hope lebih ramai orang berbuat baik dan berkongsi rezeki #grabfoodmy #fyp #foryoupage #foryou

♬ Ramadan – Arabic-Malay/Bahasa Version – Mostafa Abo Rawash

Tak susah pun nak buat orang lain gembira sebenarnya kan? Mungkin sesuatu perkara itu kecil nilainya bagi kita, tetapi besar nilainya kepada orang lain.

Kita doakan semoga lelaki ini dan rider GrabFood tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan pada masa akan datang. Amin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd