Now Reading
Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Khatam al-Quran adalah amalan yang sangat digalakkan ketika bulan Ramadan kerana akan diberikan ganjaran pahala sebanyak 70 kali ganda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam untuk merebut ganjaran pahala sebanyak mungkin.

Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan akan mendapat ganjaran pahala sebanyak 70 kali ganda.

Antara amalan yang sangat digalakkan sepanjang bulan Ramadan ini adalah membaca dan mengkhatam al-Quran sebanyak mungkin mengikut kemampuan diri masing-masing.

BACA JUGA: Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

Sumber: Telisik.id

Panduan khatam al-Quran dalam di bulan Ramadan

Al-Quran mengandungi 604 halaman yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nas. Satu al-Quran mengandungi 30 juzuk dan setiap juzuknya pula mempunyai 10 halaman muka surat.

Jadi, hari ini kami akan berkongsi beberapa panduan mudah untuk anda mengkhatam al-Quran di bulan Ramadan.

Antaranya:

Khatam al-Quran sekali

  • Baca empat muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 20 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 10 hingga 15 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.

Khatam al-Quran dua kali

  • Baca lapan muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 40 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 20 hingga 25 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.

Khatam al-Quran tiga kali

  • Baca 12 muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 120 halaman.
  • Anggaran tempoh bacaan setiap sesi selepas solat fardu adalah 30 hingga 40 minit mengikut kadar bacaan masing-masing.
  • Dengan cara ini, anda akan khatam al-Quran selang sepuluh hari di bulan Ramadan.

Sekiranya anda tidak sempat membaca selepas solat fardu, boleh sahaja dibaca pada bila-bila masa seperti ketika melakukan solat sunat, sebelum tidur, ketika qiamullail dan sebagainya.

Sumber: Kasadar.com

Selain membaca al-Quran, kita juga digalakkan untuk memahami serta menghayati isi kandungan al-Quran dengan membaca tafsirnya sekali.

Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca, tetapi isi kandungannya perlu diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Semoga tips khatam al-Quran yang dikongsikan ini dapat sama-sama membantu kita dalam meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadan.

BACA JUGA: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd