Now Reading
Siti Nurhaliza ‘Sound’ Peniaga Selamba Guna Gambarnya & Suami Untuk Jual Produk

Siti Nurhaliza ‘Sound’ Peniaga Selamba Guna Gambarnya & Suami Untuk Jual Produk

Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan kenyataan bahawa beliau dan suaminya Datuk K terlibat dalam sebarang testimoni serta iklan perniagaan.

Datuk Siti Nurhaliza dan suami

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara merupakan gerangan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Siti Nurhaliza mula menceburkan diri dalam bidang hiburan selepas menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 ketika baru berusia 16 tahun.

Walaupun kini sudah berusia 43 tahun, Siti masih bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan tetap diminati ramai.

Siti beri teguran kepada peniaga produk

Baru-baru ini, Siti memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya (@ctdk) dengan memberi teguran kepada peniaga produk yang menyalahguna gambarnya bersama suami untuk menarik pelanggan.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, Siti atau juga dikenali sebagai TokTi menafikan kenyataan bahawa beliau dan suaminya Datuk K terlibat dalam sebarang testimoni serta iklan perniagaan.

Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya dan suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga. Saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.

Penyanyi tersohor Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Berikutan itu, Siti menasihatkan para peniaga untuk berniaga dengan cara yang betul dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Sudah banyak kali perkara ini terjadi kepada saya. Pesanan saya, berniagalah dengan cara yang betul dan tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain demi keuntungan jualan.

Jadi kepada anda di luar sana yang ternampak sebarang iklan produk menggunakan gambar Siti Nurhaliza bersama suaminya, jangan terpedaya ya!

Semak terlebih dahulu dan jadilah pengguna yang bijak.

BACA JUGA: “Ini Yang Saya Rindu, Nak Jadi Orang Biasa” – Siti Nurhaliza


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd