Now Reading
UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Hukum penghasilan gambar menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam Islam adalah berbeza bergantung kepada situasi sama ada ia diharuskan atau diharamkan.

UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence Dalam Islam. Boleh Ke?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dengan perkembangan teknologi dunia yang semakin canggih, pelbagai perkara yang dahulunya dianggap mustahil kini dilihat semakin mudah untuk dilakukan.

Zaman dulu, semua maklumat perlu dicari menerusi bahan cetakan seperti buku, majalah, surat khabar dan sebagainya.

Sekarang, semuanya berada di hujung jari dengan adanya Internet. Nak menghubungi orang tersayang yang berada di negara lain pun tiada masalah dengan wujudnya kemudahan ini.

Terbaharu, teknologi Artificial Intelligence (AI) yang boleh memberi gambaran tentang sesuatu situasi atau wajah seseorang dilihat semakin mendapat perhatian ramai.

Tetapi dari segi Islam pula, apakah hukum penggunaaan teknologi AI ini?

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah)

Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Tentang Hukum Menggunakan AI Dalam Islam

Platform penghasilan gambar menggunakan teknologi AI kini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai visual menarik dikatakan boleh dihasilkan dengan memuat naik input daripada teks.

Berikutan itu, terdapat satu persoalan berkaitan AI diajukan kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika sesi ceramah beliau.

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI ini adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Namun, hukumnya haram sekiranya digunakan untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja.


Boleh Ke Guna ChatGPT Sebagai Rujukan Agama?

Terdahulu, satu lagi teknologi yang disebut sebagai ChatGPT menjadi bualan ramai apabila segelintir daripada mereka menggunakannya untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan.

ChatGPT merupakan ‘chatbot’ yang dibangunkan oleh syarikat OpenAI dan dilancarkan pada November 2022.

Dalam Islam, boleh ke menggunakan ChatGPT ini untuk mendapat maklumat tentang sebarang hukum-hakam berkaitan agama?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri tampil menjelaskan bahawa ChatGPT kurang sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

BACA JUGA: ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd