Now Reading
[Video] Siti Nurhaliza Berjaya Beli Aset Pertama Di Dubai. Terbaik TokTi!

[Video] Siti Nurhaliza Berjaya Beli Aset Pertama Di Dubai. Terbaik TokTi!

Dalam video tersebut, Tok Ti dilihat sedang meninjau keadaan rumah barunya itu bersama dua orang anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau sebut tentang Siti Nurhaliza, sudah pasti ramai di antara kita mengenali penyanyi berbakat kebanggaan Malaysia ini.

Tidak hanya dikenali di Malaysia, malah Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza Binti Tarudin turut dikenali di serata dunia terutamanya di Indonesia dan Singapura.

Sejak menceburi bidang nyanyian, pelbagai kejayaan yang telah diperolehi penyanyi berusia 43 tahun itu hasil usaha dirinya sendiri.

Tok Ti beli rumah di Dubai

Terkini, satu lagi kejayaan yang berjaya dikecapi Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti apabila tular di media sosial beliau berkongsi video rumah yang baru dibelinya di Dubai.

Menerusi Instagram (IG) Story miliknya, Tok Ti dilihat meluahkan rasa syukur atas kurnian rezeki daripada Allah SWT.

Dalam video tersebut, Tok Ti dilihat sedang meninjau keadaan rumah barunya itu bersama dua orang anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Lebih 600k tontonan & 33k tanda suka di TikTok

Video tersebut turut dimuat naik di laman TikTok akaun @watieysoong yang mana mendapat lebih dari 600 ribu jumlah tontonan dan 33 ribu tanda suka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga dan syukur mereka melihat satu lagi kejayaan yang dikecapi penyanyi tanah air itu.

Permulaan kejayaan seorang Tok Ti

Untuk info, Tok Ti sudah mula melakar kejayaan seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 april 1995.

Malah, beliau juga pernah digelar sebagai ‘Voice of Asia’ setelah memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.

Tok Ti buka sekolah di Gaza

Terbaharu, Tok Ti meluahkan rasa kegembiraannya apabila berjaya membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Palestine di Gaza.

Menurut Tok Ti, sekolah itu diber nama Afwa dan Aafiyah iaitu nama kedua-dua cahaya mata kesayangannya.

BACA JUGA: Siti Nurhaliza Buka Sekolah Buat Anak Palestine Di Gaza, Peruntuk RM10,000 Sebulan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd