[Video] Siti Nurhaliza Tampil Buat Laporan Cuaca Bikin Ramai Peminat Teruja
Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat penampilan khas dalam laporan cuaca MetMalaysia ketika Berita Wilayah 5:00 petang serta Berita Perdana 8:00 malam siaran RTM.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Penyanyi nombor satu tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi merupakan individu yang sangat berpengaruh di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa.
Walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri seni, tetapi masih ramai peminatnya yang tetap memberikan sokongan dalam kerjayanya.
Bukan sahaja TokTi, malah anak perempuan sulungnya iaitu Siti Aafiyah juga mendapat perhatian ramai.
BACA JUGA: “Ibu Nak Menangis Tapi Tahan Je” – Siti Nurhaliza Sebak Hantar Aafiyah Ke Tadika
Siti Nurhaliza Buat Penampilan Khas Dalam Laporan Cuaca
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia), Siti Nurhaliza telah dijemput untuk membuat penampilan istimewa bagi rakaman laporan cuaca serta informasi berkaitan Monsun Timur Laut (MTL).
Laporan Cuaca MetMalaysia tersebut dilakukan semalam (21 Disember) dalam siaran stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika Berita Wilayah 5:00 petang serta Berita Perdana 8:00 malam.
Penampilan istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza di MET Malaysia untuk rakaman laporan cuaca terkini dan informasi Monsun Timur Laut (MTL).
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 21, 2022
Jaga diri dan berhati-hati ketika Monsun Timur Laut (MTL).#metmalaysia#nrecc#ctdk pic.twitter.com/hIY0GXtPgs
Selain melaporkan keadaan cuaca terkini di Malaysia termasuklah amaran hujan lebat yang berterusan di negeri Pantai Timur, Siti juga menasihati orang ramai yang berada di lokasi risiko banjir untuk bersiap sedia menyimpan dokumen penting dan barangan berharga dalam beg yang mudah dibawa.
Dalam pada masa sama, beliau juga mengingatkan orang ramai untuk segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut arahan pihak berkuasa bagi menjaga keselamatan diri.
Tiada yang lebih berharga berbanding nyawa anda. Harta boleh dicari, namun nyawa anda tiada gantinya. Ingat, bencana bukan masa untuk kita bersuka ria.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Peminat Teruja Siti Nurhaliza Muncul Dalam Laporan Cuaca MetMalaysia
Penampilan khas Siti Nurhaliza dalam laporan cuaca MetMalaysia itu telah menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.
Ada yang menganggap pengaruh selebriti seperti Siti Nurhaliza boleh memberikan kesedaran tentang laporan cuaca terkini kepada rakyat Malaysia yang masih mengambil ringan berkenaan amaran yang dikeluarkan.



Maklumlah, bukan selalu kita nampak penggiat seni dalam laporan berita, betul tak? Memang teruja!
Terdahulu, Siti pernah dilihat mengalirkan air mata di tanah suci Mekah selepas meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak merasa menjadi orang biasa.
BACA JUGA: “Ini Yang Saya Rindu, Nak Jadi Orang Biasa” – Siti Nurhaliza
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.