Now Reading
Siti Nurhaliza Buka Sekolah Buat Anak Palestine Di Gaza, Peruntuk RM10,000 Sebulan

Siti Nurhaliza Buka Sekolah Buat Anak Palestine Di Gaza, Peruntuk RM10,000 Sebulan

Sekolah berkenaan diberi nama Afwa dan Aafiyah iaitu nama kedua-dua cahaya mata kesayangannya.

siti nurhaliza

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selebriti terkenal dan disanjung oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah meluahkan kegembiraan apabila berjaya membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Palestine di Gaza.

Menerusi laporan Kosmo, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi memberitahu bahawa sekolah berkenaan diberi nama Afwa dan Aafiyah iaitu nama kedua-dua cahaya mata kesayangannya.

Sekolah itu memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan juga akademik, termasuklah pembelajaran perihal adab dan akhlak.

Alhamdulillah, saya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur apabila dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Gaza yang telah beroperasi sejak setahun lalu di bawah Yayasan Nurjiwa. Setakat ini terdapat kira-kira 50 orang murid terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia empat tahun.

TokTi menerusi Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, TokTi menjelaskan bahawa sekolah yang dibuka di bangunan yang disewakan itu diuruskan oleh wakil khas di sana.

Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar dan murid-murid termasuk menguruskan kemudahan makanan yang diberi sewaktu persekolahan. Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal selain belajar dalam bangunan sekolah yang lebih selesa.

TokTi menerusi Kosmo! Online.

Yayasan Nurjiwa Akan Salur Sumbangan Minimum RM10,000 Setiap Bulan

Siti dalam masa yang sama memberitahu bahawa menerusi Yayasan Nurjiwa, setiap bulan pihaknya akan menyalurkan sumbangan minimum berjumlah RM10,000, diikuti bantuan lain seperti barangan keperluan sekolah dan juga makanan.

Yayasan Nurjiwa juga tidak lupa untuk membantu masyarakat di Malaysia apabila turut aktif mengadakan pelbagai misi bantuan sejak ianya ditubuhkan pada 21 Ogos 2006.

Sejak ditubuhkan sekitar 16 tahun lalu, Yayasan Nurjiwa giat menjalankan kerja-kerja amal seiring dengan objektif penubuhan sebagai sebuah badan kemanusiaan. Sejak ditubuhkan, pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program antaranya dengan mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund.

TokTi menerusi Kosmo! Online.

Bakal Anjur Konsert Amal di Plenary Hall, KLCC

Untuk rekod, Siti Nurhaliza bakal menganjurkan persembahan amal selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 November bertempat di Plenary Hall, KLCC. Persembahan tersebut diharapkan dapat mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dilaksanakan selepas ini.

Tiket konsert dijual bermula dengan harga RM188 sehingga RM1,188. Artis terkenal dan juga lagenda rock negara, Datuk Awie dilaporkan bakal menjadi tetamu jemputan khas di konsert tersebut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd